MERAIH GANJARAN YANG BESAR DALAM MASA SEMINT


Denyutan jantung manusia sentiasa memperingatkan,
"Bahawa kehidupan ini adalah himpunan detik dan minit"
1. Dalam masa satu minit anda boleh membaca Surah al-Fatihah yang merupakan induk al-Quran (Ummul Quran), sebanyak 4 kali, yang mana bilangan huruf-hurufnya terdiri dari 140 huruf. Setiap satu huruf anda akan memperolehi 10 kebajikan (ganjaran), maka dalam 1 minit anda dengan mudah sahaja meraih 5600 kebajikan. (Hadis riwayat Tirmizi).
2. Dalam masa 1 minit anda boleh membaca, Surah al-Ikhlas sebanyak 10 kali, lantas akan tersedia buat anda sebuah istana di syurga dan anda memperolehi ganjaran seperti tiga kali khatam al-Quran, bahkan lebih. (Hadis riwayat Ahmad dan ad-Darimi).

BERWIRID SELEPAS SOLAT

Setiap kali selepas sembahyang fardhu kita digalakkan berwirid.
Berwirid termasuk dalam kategori zikrullah atau mengingati Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya; "(Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah ketika mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan mengenai kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." - (Surah Ali Imran: 191).

BERDOALAH KEPADA ALLAH S.W.T

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." (Ayat 8 Surah A-li'Imran Juz 3)


"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka." (Ayat 16 Surah A-li'Imran Juz 3).

QIYAMULLAIL (SOLAT DI TENGAH MALAM)


Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah SWT selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w.
Baginda bersabda yang bermaksud: "Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang salih sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan merupakan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi.)

ALLAH SWT SENTIASA BERSAMA KITA

Allah SWT berfirman (dalam hadis qudsi): " Saya tetap bersama hamba-Ku, selagi ia menyebut dan mengingat-Ku, dan selagi kedua bibirnya bergerak menyebut-nyebut Aku." (Hadis riwayat Ahmad).

SIFAT DAN AKHLAK YANG TERKEJI


Sifat dan akhlak yang terkeji adalah seperti berikut:
1. Tidak mencintai kaum mukmin sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.
2. Tidak merendah diri atau tidak tawadhu'
3. Sifat dendam kesumat.
4. Tidak bercakap benar.
5. Suka marah.
6. Sifat dengki dan hasad.
7. Tidak mahu menerima nasihat.
8. Suka mengumpat dan mengejek-ejek orang lain.
9. Tidak mahu menerima atau tunduk kepada kebenaran.
10. Tidak mahu mengambil sesuatu manfaat dari sesuatu ilmu pengetahuan.
11. Menganggap orang lain lebih rendah darinya.
12. Memandang hina dan memperkecil / memperlekeh orang lain.

HUKUM MENYENTUH KAUM YANG BUKAN SEJENIS


Sabda Nabi Muhammad s.a.w.," Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (riwayat At-Tabrani dan Al-Baihaqi)

AURAT WANITA MUSLIM

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. ,: Wahai anakku Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." ( riwayat Bukhari)

Allah s.w.t berfirman, " Wahai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin; hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu, Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.: - (Al-Quran; surah Al-Ahzab; ayat 59)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w., " Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi bertelanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari)

SEPULUH SIFAT-SIFAT SEORANG MUSLIM

1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara syubhah: maksudnya ialah yang halal itu jelas, yang haram itu pun jelas, tetapi di antara keduanya ada perkara-perkara syubhah, yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Barang siapa yang menjauhi perkara syubhah bererti beliau telah membersihkan agamanya dan kehormatannya.

2. Menundukkan pandangan: menutup pandangan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah s.w.t. , kerana ia akan menimbulkan syahwat dan mendorong orang itu kepada maksiat.

3. Memelihara lidah : melarang percakapan yang kotor, kalimah dan ibarat yang keji, cakap kosong dan lain-lain lagi.

4. Malu: tidak menghalang seseorang daripada mengatakan kebenaran dan malu adalah salah satu cabang dari iman.

5. Lemah lembut dan sabar: bersabar dan memaafkan termasuk dalam kelakuan yang diutamakan.

6. Bersifat benar dan jujur.

7.Tawaduk: tidak bersifat takbur dan bangga diri.

8. Menjauhi perbuatan sangka buruk, mengumpat.

9. Pemurah.

10. Qudwah hasanah: tindak tanduk mencerminkan prinsip Islam.

Jalan Mendekati Allah s.w.t.


Jalan Mendekati Allah s.w.t
1) Takwa kepada Allah s.w.t. lahir dan batin.
2) Mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
3) Kamu lupakan makhluk ketika menghadap Allah s.w.t. (beribadat) dan kamu tidak melupakan Allah s.w.t. ketika menghadap makhluk.
4) Redha dengan pengurniaan Allah s.w.t.
5) Kembali kepada Allah s.w.t. pada masa suka atau duka.

INGATLAH, MATI ITU DATANG TIBA TIBA

Sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara.

Allah S.W.T. merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah S.W.T. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikat maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah(SAW) mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya 300x tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan 300x tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.

Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan. Antaranya:-

Sebelum tidur:
1] Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2] Selawat ke atas Nabi
3] Membaca tasbih

Amalan harian:
1] Sentiasa membaca Al-Quran
2] Memelihara solat terutama solat fardu
3] Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4] Membaca tasbih
5] Membanyakkan sedekah
6] Sentiasa berzikir menyebut ALLAH SWT

Amalan yang perlu dijauhi:
1] Dusta
2] Khianat
3] Mengadu domba
4] Kencing berdiri

Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian,
kerana mati boleh datang pada bila-bila masa.

Bertaubatlah sebelum terlewat.