MUHASABAH DIRI



Berkata Saidina Umar al-Khattab:

"Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab.  Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang".

(Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).




EMPAT PERINGKAT NAFSU YANG MEMPENGARUHI TABIAT MANUSIA



1NAFSU AMMARAH
    Nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan. Bagi mereka yang berada pada peringkat ini tidak merasakan perbezaan di antara yang baik dan jahat.  Apabila seseorang itu melakukan kejahatan, dia tidak menyesal dan sebaliknya, juga apabila melakukan kebaikan, dia tidak gembira.

2.  NAFSU LAWWAMAH
     Nafsu yang mula menunjukkan kelemahan diri, menilai tabiat masa lampau dan sedia keluar untuk memulakan kehidupan yang positif.

3.  NAFSU MULHAMAH
     Nafsu yang sudah menerima kebenaran dan keinsafan serta merasakan keseronokan membuat kebaikan dan benci kapada kejahatan.

4.  NAFSU MUTMAINNAH
     Nafsu yang mencapai kedamaian dan kebahagiaan.  Nafsu ini berusaha terus untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam dirinya.

MERENUNG KEPADA CIPTAAN ALLAH UNTUK MENAMBAH DAN MEMPERKUAT KEYAKINAN KEPADA SIFAT-SIFAT ALLAH S.W.T.




Ayat 190-192 surah a-li Imraan bermaksud:

" Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan kekuasaan rahmat Allah) bagi orang-orang yang BERAKAL. Ia itu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) " Wahai Tuhan kami; Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka perliharalah kami dari azab neraka."

SYAITAN MENGUASAI MANUSIA MELALUI 10 SIFAT



1.  SOMBONG DAN ANGKUH

2.  BAKHIL DAN KEDEKUT

3.  TAKKABUR DAN BONGKAK

4.  KHIANAT  -  Merosakkan hak orang lain, khianat hidup orang lain dengan mengenepikan perjanjian    dan   perkongsian.

5.  TIDAK SUKA MENERIMA ILMU DAN NASIHAT.

6.  HASAD DENGKI.

7.  SUKA MEREMEHKAN ORANG LAIN.

8.  UJUB ATAU BANGGA DIRI

9.  SUKA BERANGAN-ANGAN

10.  BURUK SANGKA TERHADAP ORANG LAIN TANPA DISELIDIK.

INGATLAH ALLAH DI SEPANJANG MASA



Ayat 25 surah Al-Insaan Juz 29:

"Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang) pada waktu pagi dan petang."

BILA DIKATAKAN PENDERHAKAAN ANAK TERHADAP IBU BAPA



1.  Apabila bercakap dengan ibu bapa dia meninggikan suara.

2.  Mencaci, mengherdik atau menengking apabila ibu bapa membuat kesilapan atau melakukan perkara yang tidak disukai dan tidak sesuai dengan kehendaknya.

3.  Melanggar perintah atau membantah nasihat ibu bapa.

4.  Mengabaikan ibu bapa apakala sudah tua atau dalam keuzuran.

BALASAN BAGI ORANG YANG MERINGANKAN BEBAN ORANG LAIN


Rasulullah s.a.w. bersabda;

Barang siapa yang melepaskan seorang mukmin dari penderitaan-penderitaan dunia, Allah s.w.t. akan melepaskannya dari penderitaan-penderitaan pada hari kiamat.

Barang siapa yang memudahkan urusan yang sulit, Allah s.w.t. akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.

Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, Allah s.w.t. akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat.

Allah s.w.t. akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia sentiasa menolong saudaranya.

(Hadis riwayat Abu Hurairah r.a.)

PESANAN RASULULLAH S.A.W. KEPADA UMMU ANAS


Tiga perkara yang dipesan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Ummu Anas adalah:

1. Berhijrahlah kamu daripada perkara-perkara maksiat, kerana itu adalah semulia-mulia hijrah.

2. Dan peliharalah segala perkara-perkara wajib, kerana ia sebaik-baik jihad.

3. Dan perbanyakkan zikrullah, kerana kamu tidak datang membawa sesuatu yang paling disukai oleh Allah s.w.t. dari Zikrullah.