ISLAM, IMAN DAN IHSAN


ISLAM ITU:

1.  Kesaksian anda bahawa tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah s.w.t. dan bahawa Nabi Muhammad itu utusan atau pesuruh Allah s.w.t.

2.  Mendirikan solat.

3.  Memberi zakat.

4.  Berpuasa Ramadhan.

5.  Mengerjakan haji ke Baitullah apabila ada kemampuan.

IMAN ITU:

1.  Beriman kepada Allah s.w.t.

2.  Beriman kepada Malaikat-Malaikatnya.

3.  Beriman kepada Kitab-Kitabnya.

4.  Beriman kepada Rasul-Rasulnya.

5.  Beriman kepada hari Akhirat.

6.  Beriman kepada Qadar yang baik dan yang buruk.

IHSAN ITU:

Anda menyembah Allah s.w.t. seakan -akan anda melihatnya; jika anda tidak melihatnya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu.

HIKMAH MEMBACA AYAT KURSI


1.  Barang siapa membaca ayat al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah s.w.t. mewakilkan dua malaikat memeliharanya hingga subuh.

2.  Barang siapa membaca ayat al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah s.w.t. hingga sembahyang yang lain.

3.  Barang siapa membaca ayat al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika handak tidur, Allah s.w.t. memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

4.  Barang siapa membaca ayat al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah s.w.t. menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah s.w.t. melimpahkan padanya rahmat.

5.  Barang siapa membaca ayat al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah s.w.t. mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6.  Barang siapa membaca ayat al-kursi di akhir sembahyang ,Allah s.w.t. akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7.  Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah s.w.t. berkenan memberi pertolongan kepadanya.