UMAT ISLAM ADALAH BERSAUDARA


Rasulullah s.a.w. bersabda:  " Seorang muslim adalah saudara muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan menyerahkannya (kepada musuh). Barang siapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu dari kesusahannya di hari kiamat. Barang siapa yang menutupi aib (keburukan) seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat."    (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

KESENANGAN DAN KESUSAHAN


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Keadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman, Iaitu apabila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya."   (Riwayat Muslim)

KEPENTINGAN SOLAT


Allah SWT berfiman:  " Dan perintahkan keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun, bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta kepadamu rezeki, bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang bertakwa."    (Ayat 132 Surah Thahaa).

Rasulullah s.a.w. bersabda :  " Sesiapa yang menjaga solat, nescaya solat jadi cahaya, pembela dan penyelamat pada hari kiamat. Mereka yang tidak menjaganya tidak mendapat cahaya, pembela dan penyelamat. Bahkan mereka diletak bersama Qarun, Firaun, Haman dan Ubay Khalaf."   (Hadis riwayat Imam Ahmad).

ELAK GANGGUAN SYAITAN

Berikut adalah cara-cara untuk mengelak diri dari gangguan syaitan laknatullah.

1.  Membaca surah al-Fatihah, ayat Kursi, dua ayat terakhir surah al-Baqarah, surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas.

2.  Membuat tiupan kepada pesakit dan mengulangi bacaan di atas sebanyak tiga kali atau lebih.

3.  Zikir dan wirid sekurang-kurangnya selepas solat, sentiasa membaca al-Quran dan mengamalkan doa pilihan.

4.  Larang anak keluar ketika Maghrib dan tutup pintu rumah kerana syaitan bertebaran pada waktu itu.

KELEBIHAN SOLAT 5 WAKTU


Saidina uthman bin al-affan telah memberi pandangan berikut:

Sesiapa yang menjaga solat lima waktu sehari secara berterusan, secara berjemaah dan dalam waktunya untuk Allah, akan dimuliakan dengan 9 kemuliaan / kelebihan.

1.  Dia dikasihi Allah.

2.  Kesihatan badan dan jasad.

3.  Akan dijaga Malaikat.

4.  Keberkatan turun dalam rumah yang solat didirikan.

5.  Muka orang tersebut berseri-seri.

6.  Hatinya lembut akibat doa-doa yang dibaca.

7.  Di akhirat, beliau akan dapat melintas titian sirat seperti kilat.

8.  Akan dijauhi daripada api neraka.

9.  Akan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh dan para syuhada sehingga kita dibangkit semula.

BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:  " Sesungguhnya Allah membuka tangan (rahmatNya) selebar-lebarnya di waktu siang untuk menerima taubat orang yang membuat jahat di waktu malam, membuka tangan (rahmatNya) selebar-lebarnya di waktu malam untuk menerima taubat orang yang melakukan maksiat waktu siang. Hal ini berterusan sehinggalah matahari terbit dari arah barat."  (Hadis riwayat Muslim).

HUBUNGKANLAH SILATURRAHIM


Rasulullah s.a.w. bersabda:  " Hubungkanlah Silaturrahim dengan sesiapa yang memutuskan hubungan dengan kamu. Berbuat baiklah kepada sesiapa yang tidak berbuat baik kepada kamu."   (Hadis riwayat ibn an Majjar Sahih)

JAGALAH HATI

Imam al-Ghazali berkata:  " Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati."

SOLAT KETIKA UZUR (TIDAK SIHAT)


Sabda Nabi SAW terhadap Imran Bin Hasin r.a. :  "Lakukanlah solat sambil berdiri, jika tidak mampu maka lakukanlah sambil duduk, dan jika tidak mampu juga, maka lakukanlah sambil berbaring."   (Hadis riwayat al-Bukhari)

SYURGA DAN NERAKA


Daripada Sayyidina Anas r.a,
Rasulullah SAW bersabda : "Syurga itu dikelilingi oleh sesuatu yang tidak mengiurkan manakala neraka pula dikelilingi oleh perkara yang menyeronokkan."   - (riwayat Muslim didalam Sahihnya m/s 2174 juz 40)

Maksud hadis:
Adalah terlalu sukar untuk masuk syurga kerana terdapat banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui oleh kita sebab syaitan laknatullah akan sentiasa mencuba sedaya upaya untuk menghalang kita dari membuat amal ibadat atau sebarang kebaikan di dunia ini.

Tetapi untuk kita memasuki neraka adalah terlalu mudah dan senang sebab jalan-jalan untuk ke neraka adalah dihiasi oleh benda-benda atau perkara-perkara yang menyeronokkan hati kita seperti membuat maksiat, berjudi, minum arak, berzina, menonton filem lucah, meninggalkan solat, tidak berpuasa, membazir masa, menderhaka kepada ibu bapa, dan banyak lagi.

Syaitan laknatullah telah bersumpah dihadapan Allah SWT bahawa syaitan laknatullah akan mencuba sedaya upaya untuk menyesatkan keturunan nabi Adam AS sehingga hari kiamat.

Oleh itu, janganlah kita terpengaruh dengan godaan dunia yang bersifat sementara.
Marilah kita sama-sama menyediakan diri kita untuk bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan yang bersih dan suci dari sebarang dosa. InsyaAllah.

RENUNGKANLAH KEBESARAN ALLAH S.W.T.


Berikut adalah gambar – gambar tentang Kebesaran Allah SWT :



Pohon Kaktus Berbentuk Tulisan Allah
Tulisan Allah dapat dilihat dari kapal angkasa Apollo
Kalimah Allah tertulis pada buah tomato
Kalimah Allah terlihat pada Sebuah Gunung
Kalimah Allah pada tubuh Ikan
Kalimah Allah Pada Telinga Seorang bayi
Kalau kita perhatikan maka Tulisan Allah sudah ada pada tangan kanan kita..



Sebuah pokok yang berbentuk manusia yang sedang sujud

Foto yang di ambil di Mekah, Menunjukkan Awan berbentuk kalimah Allah
Nama Allah pada Sarang Lebah