ALLAH S.W.T. MELIHAT SEGALA PERBUATAN KITA



Allah S.W.T. berfirman:  "Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam kitab induk yang nyata (Luh Mahfuz)".  (Surah Yasin : 12).

JANGAN MENOLONG UNTUK MEMBUAT DOSA



Allah S.W.T berfirman, ".....dan janganlah kamu tolong-menolong dalam dosa (maksiat) dan pelanggaran dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya".       (al-Ma'idah  (5):2).

KELEBIHAN BERSEDEKAH


Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:  " Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.  Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmatnya) Kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya."     (Surah al-Baqarah 2:261)

Antara kelebihan-kelebihan bersedekah:

1. Sedekah memadamkan murka Allah terhadap hamba-Nya.

2. Sedekah merupakan perisai daripada api neraka.

3. Penawar penyakit jasmani.

4. Selamat di bawah naungan sedekah nya pada hari akhirat.

5. Penawar penyakit hati.

6.  Sedekah merupakan pintu kebaikan.

7.  Didoakan oleh malaikat setiap hari.

8. Harta akan diberkati.

9. Sedekah ibarat penuras yang mengasingkan wang perolehan dan pendapatan daripada unsur-unsur yang haram dan syubhah.

10. Allah S.W.T. melipatgandakan pahala sedekah.

11. Namanya diseru dari pintu syurga.

(Sumber: Ali bin Muhammad al-Dahami, al-sadaqah fadh' iluha wa 'amwa'iha.)