NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA



Hai anakku; Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

BERSABARLAH KETIKA MENGHADAPI UJIAN DARI ALLAH S.W.T.


Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"
(Riwayat Al-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!"
(Riwayat At-Tirmizi & Ibnu Majah)

IMAN ADALAH JIWA



Iman adalah jiwa bagi setiap jiwa manusia, jika tiada iman di dalam dada, maka jiwa manusia itu akan kosong dan tidak berharga. Syukur kita kepadaNYA kerana masih diberikan oleh ALLAH untuk merasai iman di dada..

Justeru untuk berjaya setiap insan wajib beramal dengan syariat Islam secara sempurna berasaskan AL-QURAN dan AS-SUNNAH. Bak kata Syed Qutb, jika kita ingin ambil islam itu secara sedikit-sedikit maka pesannya lebih baik kita buang terus semuanya dan jangan lagi ambil.


Walaubagaimanapun amalan seseorang dianggap mati tanpa iman. Iman berkait rapat dengan kepercayaan dan keyakinan dan ia adalah nyawa dan nadi yang menentukan samaada satu amalan itu ditolak ALLAH aatu tidak. Ia adalah syarat kepada sahnya amal disisi ALLAH.

Dalam surah AZ-ZUMAR ayat 65 ALLAH bersumpah "Dan sesungguhnya sudah diwahyukan kepadamu Muhammad dan kepada Nabi-Nabi sebelummu, Jika kamu menyekutukan ALLAH akan gugurlah segala amalanmu dan kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi."


Oleh kerana iman adalah nyawa kepada segala amalan dan tindak tanduk manusia, ia perlu dibajai dengan ramuan yang betul supaya tidak tersesat, Antara baja yang perlu diberikan adalah baja ILMU dan KEFAHAMAN melalui kefahaman yang dinyatakan dalam AL-QURAN iaitu ALLAH meyuruh kita membaca "IQRAK" bacalah dengan nama TUHANMU yang menciptakan...

SELURUH BUMI ALLAH INI ADALAH TEMPAT UNTUK KITA BERSOLAT

Solat tetap dilakukan walaupun dalam hujan sekalipun…. Hujan pembawa rahmat…

Solat Hari Raya Di indonesia

Solat berjemaah atas keretapi di India

Solat di atas bukit bersalji

Solat Berjemaah Di Sebalik Tembok

Solat Jemaah kat Stesen Keretapi Iskandariah, Mesir

Keunikan Masjid ini ialah Masjid diperbuat dengan berbumbungkan Langit dan berlantaikan Bumi

Solat Jumaat berhampiran Masjid Jamek


Berhenti sebentar mencari rezeki untuk bersolat

KEINDAHAN DAN RAHSIA SOLAT DARI SUDUT ROH



BERDIRI TEGAK:

Berdiri melambangkan peringatan akan dahsyatnya saat berdiri di hadapan ALLAH di Hari Kebangkitan ketika diminta untuk dipertanggungjwabkan atas segalannya yang kita lakukan semasa kita hidup di dunia.


TAKBIR:
Angkat tangan merupakan isyarat dimana selamat tinggal dunia dan menyerah kalah kita kepada ALLAH yang MAHA BESAR, ketika kita melafazkan ALLAHUAKHBAR..disitulah terputusnya hubungan kita dengan dunia dan ketahuilah di saat itu kita hanya berhubung dengan ALLAH, membesarkan ALLAH dan mengagungkan NAMA ALLAH.


MEMBACA AL-FATIHAH:
Al-Fatihah adalah kata-kata munajat dengan ALLAH swt, dengan ALLAH kita bericara. Di dalam Hadis Rasulullah saw maksudnya ALLAH telah berfirman "Telah berfirman ALLAH swt Aku membahagi solat itu antara AKU dengan hambaKU, dan bagi hambaKU apa yang dimintanya." Begitulah mulianya diri kita kerana menjadi sebutan ALLAH swt dan mendapat penghormatan dari ALLAH bila kita membaca AL-Fatihah.


RUKUK:
Rukuk melambangkan kehinaan diri dan mengakui kerendahan diri kepada ALLAH swt. Jiwa orang beriman sentiasa mengakui kebesaran ALLAH dalam solatnya.

IKTIDAL:
Ketika bangun dari rukuk untuk iktidal ia adalah harapan semoga ALLAH mengasihi kita. Harapan tersebut kita nyatakan melalui ucapan kita Iktidal dan Tho'maninah.


SUJUD:
Sujud adalah satu tingkat kedudukan dan kepasrahan yang paling mendalam dengan membiarkan anggota tubuh yang mulia iaitu wajah kita menyentuh sesuatu yang terhina iaitu tanah, tempat yang kita pijak. Menginsafkan diri bahawa kita asalnya dari tanah dan dari tanah juga kita akan dikembalikan kepada ALLAH swt.


DUDUK ANTARA DUA SUJUD:
Maksud duduk antara dua sujud adalah adalah kita bersimpuh kepada ALLAH swt Yang Maha Pemurah dengan hanya satu tujuannya iaitu memohon ampun, memohon rahmat, memohon hidayah, aflat dan rezeki pada ALLAH. Ketika itulah pengharapan akan rahmat pengampunan daripada ALLAH swt.


DUDUK TAHIYAT AKHIR:
Duduk dan membaca tasyahud adalah mengakui segala kehormatan dan segala bentuk ibadah setiap sesuatu yang baik sebenarnya adalah hak milik ALLAH swt dan di dalam tasyahud terdapat ucapan salam, iaitu kepada Nabi dan disertai pula rahmat ALLAH dan berkahNYA.


MEMBERI SALAM:
Memberi salam adalah sebagai tanda selesainya munajat dengan ALLAH swt dan tandanya selesai solat kita. Tujukanlah ucapan salam kepada para malaikat, bersyukurlah kepada ALLAH swt atas Taufiqnya kerana kita dapat menyelesaikan solat kita.


'"JANGAN SEKALI MENINGGALKAN SOLAT""






KESAKITAN SAKARATUL MAUT



Sabda Rasulullah SAW : “Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi)



Sabda Rasulullah SAW : “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bagian kain sutera yang tersobek ?” (HR Bukhari)


Atsar (pendapat) para sahabat Rasulullah SAW . Ka’b al-Ahbar berpendapat :
"Sakaratul maut ibarat sebatang pohon berduri yang dimasukkan kedalam perut seseorang. Lalu, seorang lelaki menariknya dengan sekuat-kuatnya sehingga ranting itupun membawa semua bagian tubuh yang menyangkut padanya dan meninggalkan yang tersisa”.


Imam Ghozali berpendapat : “Rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut menghujam jiwa dan menyebar ke seluruh anggota tubuh sehingga bagian orang yang sedang sekarat merasakan dirinya ditarik-tarik dan dicerabut dari setiap urat nadi, urat syaraf, persendian, dari setiap akar rambut dan kulit kepala hingga kaki”.


Rasa sakit sakaratul maut dialami setiap manusia, dengan berbagai macam tingkat rasa sakit,  Sebuah riwayat bahkan mengatakan bahwa rasa sakit sakaratul maut merupakan suatu proses pengurangan kadar siksaan akhirat kita kelak. Demikianlah rencana Allah.

WANITA-WANITA YANG MENJADI AHLI SYURGA



Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas,
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

CINTA SEORANG PEMUDA KEPADA ALLAH S.W.T.



Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air dikebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."



Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.


Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T,"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung- ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.


Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

WANITA-WANITA YANG MENJADI AHLI NERAKA



Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”(Riwayat Muslim)


Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya:


•Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.


•Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.


•Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang..pedihnya tidak terkira.


Wanita di luar rumah di tuntut supaya memakai pakaian seperti pakaian dalam sembahyang. bezanya, mungkin pendek sedikit bagi tujuan memudahkan pergerakkan. Tidak boleh terlalu ketat, sehingga menampakkan gerak punggung. sekalipun tebal seperti seluar jeans, tidak nipis atau jarang sehingga memperlihatkan apa yang di dalam. berseluar panjang boleh tetapi hendaklah dilabuhkan pakaian luarnya.

Janganlah berani membuat maksiat kerana mungkin kita akan mati sebelum sempat bertaubat.

KISAH NABI DAUD A.S. DENGAN ULAT


Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"



Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. "Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim'setiap malam sebanyak 1000 kali.


Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?" Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah s.w.t. maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t.

Begitulah sikap para Nabi a.s. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

SEPULUH KUMPULAN MANUSIA DI TITIAN SIRAT DI HARI PEMBALASAN



1. Menurut Al-'Allaamah Ibnu Abi Jamrah dalam kitab 'Bahjah An-Nufuus' (Syarh Al-Bukhaari: 2:27). Ada sumber mengatakan bahawa Siraat itu mempunyai 7 sekatan pemeriksaan di mana setiap sekatan memakan masa 3,000 tahun perjalanan, dan seandainya tertahan pada satu sekatan, maka terpaksalah menunggu 1,000 tahun. Ini bererti semuanya memakan masa 28,000 tahun (jika tersekat kesemuanya)



2. Menurut berita menerusi Fudhail b. 'Iyaadh ialah selama 15,000 tahun(belum termasuk 7,000 tahun di sekatan) iaitu:
i) Mendaki selama 5,000 tahun
ii) Menurun selama 5,000 tahun
iii) Mendatar selama 5,000 tahun


Fudhail b. Iyaadh berkata: "Sampai berita kepada kami bahawa panjang Siraat itu ialah kadar perjalanan 15,000 tahun iaitu 5,000 tahun perjalanaan mendaki, 5,000 tahun perjalanan menurun dan 5,000 tahun perjalanan mendatar, sedangkan ia lebih halus dari urat rambut dan lebih tajam dari mata pedang."
(HR Ibnu 'Asaakir, Rujuk Kitab Aqiidah An-Naajiin)


3. Menurut berita menerusi Mujaahid dan Dhahhaak ialah selama 3,000 tahun (belum termasuk 7,000 tahun di sekatan) iaitu:
i) Mendaki selama 1,000 tahun
ii) Mendatar selama 1,000 tahun
iii) Menurun selama 1,000 tahun (Rujuk Bahrul Maadzi)


4. Seterusnya menurut suatu sumber lain ialah selama 21,000 tahun di mana tempoh mendaki, mendatar dan menurun masing-masing 1,000 tahun.(belum termasuk 7,000 tahun di sekatan) "Di atas Siraat itu terdapat 7 kaunter, manakala setiap kaunter memakan perjalanan 3,000 tahun, di mana ditambah lagi 1,000 tahun mendaki, 1,000 tahun mendatar, dan 1,000 tahun menurun, ia lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang dan keadaannya lebih gelap daripada kegelapan malam." (Al-Hadith)


"Di manakah jambatan itu ?" Lalu dikatakan kepadanya: "Telah engkau lalui jambatan itu tanpa kesusahan berkat rahmat Allah."


SEPULUH KUMPULAN MANUSIA DI  SHIRATH:

Manusia yang pertama kali menginjakkan kakinya di Shirath adalah Nabi Muhammad s.a.w., Nabi akan memimpin kumpulan-kumpulan umatnya. Kumpulannya terbagi menjadi 10 bahagian, yaitu:


1.Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.

2.Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.

3.Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.

4.Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.

5.Kumpulan yang kelima berlari.

6.Kumpulan keenam berjalan.

7.Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk karena mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Nabi Muhammad s.a.w. berhenti di atas Shirath. Setiap kali, Nabi Muhammad s.a.w. melihat seorang dari umatnya bergelayut di atas Shirath, kemudian ia akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.

8.Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: "Wahai Muhammad!" Nabi Muhammad s.a.w. kemudian berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka"!

Kumpulan kesembilan dan kesepuluh tertinggal di atas Shirath, mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.


Dikatakan bahwa, di pintu surga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira hanya Allah saja yang mengetahui. Di atasnya ada anak-anak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka belum baligh (dewasa). Apabila mereka melihat orang tua mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki surga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera.



SENYUM ITU SEDEKAH


Sahabat adalah saksi kehidupan Rasulullah SAW yang penuh dengan senyuman. Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar:

“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.”

Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan:
“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”

Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata:
“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda sentiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”

Senyumlah, kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain.

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN


Dari Aisyah r.a katanya:

”Rasulullah s.a.w bersabda: Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala berganda.”

GANGGUAN SYAITAN SEWAKTU SEDANG BERSOLAT



Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:

”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.”

RINDU UNTUK BERTEMU DENGAN ALLAH S.W.T.



Dari Aisyah r.a. , ia berkata,
Rasulullah s.a.w. bersabda: " Barangsiapa yang senang berjumpa dengan Allah, Allah pun senang berjumpa dengannya. Dan barangsiapa yang benci berjumpa dengan Allah, Allah pun benci berjumpa dengannya."

(Hadis riwayat Muslim).

JADIKAN DUNIA SEBAGAI TEMPAT PERSINGGAHAN SEMENTARA


Abdullah bin Umar meriwayatkan,

Sabda Rasulullah s.a.w, " Jadilah di dunia seakan engkau ialah orang asing atau musafir yang sedang singgah."

Maksud hadis:     Rasulullah s.a.w. telah memberi petunjuk kepada umatnya tentang perkara-perkara yang boleh menjauhkan seorang mukmin dari panjang angan-angan dan membuka mata mereka terhadap hakikat dunia.
Rasulullah s.a.w. memerintahkan umatnya untuk mengingati kematian, melakukan ziarah kubur, memandikan orang mati, mengiringi jenazah, melawat orang sakit dan mengunjungi orang saleh.

Semua ini akan menyedarkan hati manusia dari kelalaian dan membuat hati kembali sedar tentang masa depan yang akan di hadapinya. Lalu, ia pun menjadikan dirinya terdorong bersungguh-sungguh memperbanyak amal soleh serta menjadikan dirinya benci pada syahwat yang haram dan dunia yang pasti akan ditinggalkan.

ASMAUL HUSNA - 99 NAMA-NAMA ALLAH



01 Ar-Rahman -Yang Maha Pemurah 
02 Ar-Rahim -Yang Maha Mengasihi
03 Al-Malik -Yang Maha Menguasai
04 Al-Quddus -Yang Maha Suci 
05 Al- Sallam -Yang Maha Selamat Sejahtera
06 Al-Mu'min -Yang Maha Melimpahkan Keamanan
07 Al-Muhaimin -Yang Maha Pengawal serta Pengawas
08 Al-Aziz -Yang Maha Berkuasa
09 Al-Jabbar -Yang Maha Kuat
10 Al-Mutakabir -Yang Melengkapi Segala Ke Besarannya
11 Al-Khaliq -Yang Maha Pencipta
12 Al-Bari -Yang Maha Menjadikan
13 Al-Musawwir -Yang Maha Pembentuk
14 Al-Ghaffar -Yang Maha Pengampun
15 Al-Qahhar -Yang Maha Perkasa
16 Al-Wahhab -Yang Maha Penganugerah
17 Al-Razzaq -Yang Maha Pemberi Rezeki
18 Al-Fattah -Yang Maha Pembuka
19 Al-'Alim -Yang Maha Mengetahui
20 Al-Qabidh -Yang Maha Pengekang
21 Al-Basit -Yang Maha Melimpah Nikmat
22 Al-Khafidh -Yang Maha Perendah (Pengurang)
23 Ar-Rafi' -Yang Maha Peninggi
24 Al-Mu'izz -Yang Maha Mengasihi dan menghormati (Memuliakan)
25 Al-Muzill -Yang Maha Menghina
26 As-Sami' -Yang Maha Mendengar
27 Al-Basir -Yang Maha Melihat
28 Al-Hakam -Yang Maha Mengadili
29 Al-'Adl -Yang Maha 'Adil
30 Al-Latif -Yang Maha Lembut serta Halus
31 Al-Khabir -Yang Maha Mengetahui
32 Al-Halim -Yang Maha Penyabar
33 Al-'Azim -Yang Maha Agung
34 Al-Ghafur -Yang Maha Pengampun
35 Asy-Syakur -Yang Maha Bersyukur
36 Al-'Aliy -Yang Maha Tinggi serta Mulia
37 Al-Kabir -Yang Maha Besar
38 Al-Hafiz -Yang Maha Memelihara
39 Al-Muqit -Yang Maha Menjaga
40 Al-Hasib -Yang Maha Penghitung
41 Al-Jalil -Yang Maha Besar serta Mulia
42 Al-Karim -Yang Maha Pemurah
43 Ar-Raqib -Yang Maha Waspada
44 Al-Mujib -Yang Maha Pengkabul
45 Al-Wasi' -Yang Maha Luas
46 Al-Hakim -Yang Maha Bijaksana
47 Al-Wadud -Yang Maha Penyayang
48 Al-Majid -Yang Maha Mulia
49 Al-Ba'ith -Yang Maha Membangkitkan Semula
50 Asy-Syahid -Yang Maha Menyaksi
51 Al-Haqq -Yang Maha Benar
52 Al-Wakil -Yang Maha Pentadbir
53 Al-Qawiy -Yang Maha Kuat
54 Al-Matin -Yang Maha Teguh
55 Al-Waliy -Yang Maha Melindungi
56 Al-Hamid -Yang Maha Terpuji
57 Al-Muhsi -Yang Maha Penghitung
58 Al-Mubdi -Yang Maha Pencipta dari Asal
59 Al-Mu'id -Yang Maha Mengembali serta Memulihkan
60 Al-Muhyi -Yang Maha Menghidupkan
61 Al-Mumit -Yang Mematikan
62 Al-Hayy -Yang Senantiasa Hidup
63 Al-Qayyum -Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
64 Al-Wajid -Yang Maha Penemu
65 Al-Majid -Yang Maha Mulia
66 Al-Wahid -Yang Maha Esa
67 Al-Ahad -Yang Tunggal
68 As-Samad -Yang Menjadi Tumpuan
69 Al-Qadir -Yang Maha Berupaya
70 Al-Muqtadir -Yang Maha Berkuasa
71 Al-Muqaddim -Yang Maha Menyegera
72 Al-Mu'akhkhir -Yang Maha Penangguh
73 Al-Awwal -Yang Pertama
74 Al-Akhir -Yang Akhir
75 Az-Zahir -Yang Zahir
76 Al-Batin -Yang Batin
77 Al-Wali -Yang Wali / Yang Memerintah
78 Al-Muta'ali -Yang Maha Tinggi serta Mulia
79 Al-Barr -Yang banyak membuat kebajikan
80 At-Tawwab -Yang Menerima Taubat
81 Al-Muntaqim -Yang Menghukum (mereka yang bersalah)
82 Al-'Afuw -Yang Maha Pengampun
83 Ar-Ra'uf -Yang Maha Pengasih serta Penyayang
84 Malik-ul-Mulk -Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
85 Dzul-Jalal-Wal-Ikram -Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
86 Al-Muqsit -Yang Maha Saksama
87- Al-Jami' -Yang Maha Pengumpul
88- Al-Ghaniy -Yang Maha Kaya serta Serba Lengkap
89- Al-Mughni -Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
90 Al-Mani' -Yang Maha Pencegah
91 Al-Darr -Yang Mendatangkan Mudharat
92 Al-Nafi' -Yang Memberi Manfaat
93 Al-Nur -Yang bercahaya
94 Al-Hadi -Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
95 Al-Badi' -Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya
96 Al-Baqi -Yang Maha Kekal
97 Al-Warith -Yang Maha Mewarisi
98 Ar-Rasyid -Yang Memimpin (Ke arah Kebenaran)
99 As-Sabur -Yang Maha Penyabar

KALIMAH ALLAH S.W.T. TERTULIS DI PERMUKAAN BINTANG


Gambar diatas menunjukkan sebuah Galaksi yang digelar NGC 4314. 
Di tengah tengah galaksi tersebut tertulis kalimah ALLAH S.W.T.

ALLAHU AKBAR!!

AKHLAK TERBAIK



Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata,
Rasulullah S.A.W. bersabda, " Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik seseorang di antara kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya."    
(Hadis riwayat At-Tirmidzi).

NASIHAT DARI RASULULLAH S.A.W.


Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat".

(Riwayat Tarmizi, Ahmad, Hakim, Darimi, Ibnu Majah dan Ibnu Saad dengan sanad sohih).

DOA UBAT DUKA



Di dalam solat ada doa, dalam puasa, zakat, haji, semuanya mengandungi doa. Jadi, doa terkandung dalam segala aspek kehidupan manusia.
Janganlah kita termasuk orang yang bakhil dalam memanjatkan doa.
Perbanyakkanlah berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T akan mengabulkan doa kita. Tiada satu pun yang luput dari pendengaran Allah S.W.T.
Allah mengetahui semua yang kita lakukan.
Manfaat doa bagi umat manusia amat banyak, antaranya:

1) Mendatangkan keredhaan Allah S.W.T.

2) Menghilangkan kesedihan dan kemuraman hati.

3) Mendatangkan kegembiraan dan ketenteraman (di dalam) hati.

4) Menguatkan hati dan badan.

5) Membuat hati dan wajah berseri.

6) Melapangkan rezeki.

7) Menimbulkan perasaan bahawa dirinya diawasi, sehingga mendorongnya untuk selalu berbuat kebajikan.

8) Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

9) Selalu ingat kepada Allah S.W.T.

10) Membersihkan hati dari karatnya.

Selain itu masih banyak lagi manfaat berdoa, di mana ianya akan membuat kita selalu dekat dengan Allah S.W.T.

AL-QURAN SENTIASA DI HATI


Rasulullah S.A.W. bersabda:  "Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (Al-Quran) pun dalam hatinya adalah umpama sebuah rumah yang kosong"     (Riwayat At Tarmizi).

JAGALAH HATI ANDA



Rasulullah S.A.W. bersabda: " Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?"  Jawab Rasulullah S.A.W. : " Banyakkan mengingati maut dan membaca Al-Quran."       (Hadis riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar).