SYAITAN LAKNATULLAH TIDAK PERNAH PUTUS ASA UNTUK MENGGODA KITA

Benar sekali apa yang yang dikatakan oleh Sayyidina Yahya bin Muad'dz Arrozy;

"Syaitan itu pengganggur, penuh waktunya untuk menjalankan rencananya, sedangkan engkau terus sibuk dan syaitan melihatmu, tetapi engkau tidak melihatnya, engkau lupa kepada syaitan, tapi syaitan selalu ingat kepadamu, dan untuk mengalahkanmu syaitan banyak pembantunya"


Oleh kerana itu, sedarlah wahai hamba Allah, semoga Allah memberi rahmat kepadamu, sesungguhnya urusan taat kepada Allah seperti yang engkau lihat dan dengar bahawa banyak sekali godaan dan tipuan syaitan untuk menggagalkannya. Bermohonlah pertolongan kepada Allah S.W.T. agar engkau dilindungi dan dipelihara dari kejahatan syaitan ini, kerana segala sesuatu benda di bawah kekuasaan Allah S.W.T. dan kepada Allah S.W.T. kita mohon Taufiq untuk mendapatkan keridhoaanNya.



TIDAK ADA DAYA UNTUK MENINGGALKAN MAKSIAT DAN TIDAK ADA KEKUATAN UNTUK MENGERJAKAN TAAT, KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH YANG MAHA LUHUR DAN MAHA AGUNG


Allah S.W.T. Berfirman, "Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu.'' [Saba : 21]