JANGANLAH MENGHINA PELAKU MAKSIAT



Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud,
"Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut".
(Riwayat al-Tirmizi).

Diceritakan bahawa suatu ketika nabi Isa a.s. sedang berjalan bersama seorang muridnya. Tiba - tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat mengikuti mereka dari belakang.
Murid Nabi Isa itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian. Lalu dia berdoa di dalam hati, "Ya Allah, Janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini".

Nabi Isa a.s. tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, " Doamu telah dikabulkan. Allah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu. Pergilah engkau dari sisiku".

Kita sememangnya membenci perbuatan maksiat. Namun kebencian kita kepada maksiat tidak bererti membenci dan menghina orang yang melakukannya.

Sering kali sikap negatif sebegini membuatkan orang semakin jauh daripada agama. Sebaiknya, kita harus membuka hati kita untuk mengasihi lalu memberi nasihat yang tulus kepadanya. Kelembutan selalunya lebih berkesan dalam mengubah orang lain daripada kekerasan atau penghinaan.

ALLAH S.W.T. ADALAH MAHA PENGAMPUN



Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s pernah berjalan di sebuah desa. Di desa itu hidup seorang tukang batu. Berkatalah penghuni desa itu kepada Nabi Isa a.s: “Tukang batu itu selalu menahan air, meludahinya dan mengotorinya. Maka berdoalah kepada Allah agar dia tidak membuatnya dapat pulang dari tempat mana saja dia berada.” Lalu Nabi Isa a.s berdoa: “Ya Allah, kirimkan seekor ular kepadanya dan janganlah engkau kembalikan dia.”



Tukang batu pergi untuk mengambil batu-batu dekat sumber mata air dan dia membawa tiga potong roti. Setelah dia berada di mata air itu, ada seorang ahli ibadah (abid) datang menghampirinya. Abid itu selalu beribadah di atas gunung di dekat mata air. Abid itu mengucapkan salam seraya berkata: “Apakah ada sedikit makanan yang dapat engkau berikan padaku atau engkau memperlihatkan kepadaku sehingga aku dapat melihatnya atau mencium baunya. Kerana aku sudah tidak makan apapun sejak sekian hari.”


Diberikannya sepotong roti, maka berkatalah Abid itu: “Hai tukang batu, mudah-mudahan Allah mengampuni dosamu dan membersihkan hatimu.”


Maka diberikannya roti yang kedua dan berkatalah Abid: “Hai tukang batu, mudah-mudahan Allah mengampuni dosa-dosamu baik yang telah lalu atau yang datang kemudian.”


Diberikannya lagi roti yang ketiga kalinya dan berkatalah Abid: “Hai tukang batu, semoga Allah membangun sebuah rumah untukmu di syurga.”


Tukang batu itu pulang ke desanya, dan para penghuni desa itu berkata kepada Nabi Isa a.s: “Tukang batu itu ternyata kembali lagi.”


Berkatalah Nabi Isa a.s: “Panggillah dia ke sini.”


Mereka memanggil tukang batu itu dan membawanya ke hadapan Nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s berkata: “Hai tukang batu, ceritakanlah padaku apa yang engkau kerjakan hari ini dari amal-amal kebaikan.”


Maka tukang batu itu menceritakan tentang air, roti yang diberikannya dan doa-doa Abid untuk dirinya. Nabi Isa a.s berkata: “Bawa kemari begmu itu.” Diberikannya beg itu kepada Nabi Isa dan Nabi Isa pun membukanya. Tiba-tiba dalam beg itu terdapat seekor ular hitam yang dibelenggu dengan rantai besi. Berkatalah Nabi Isa a.s: “Hai ular hitam.”


Tiba-tiba ular itu menjawab: “Ya, wahai Nabi Allah.”


Nabi Isa a.s berkata lagi: “Bukankah engkau telah dikirim kepada orang ini?”


Ular itu berkata: “Benar, tetapi datang seorang ahli ibadah dari gunung itu, dia minta makan dan orang ini memberinya makan. Maka didoakanlah orang ini hingga tiga kali dan di sampingnya berdiri malaikat yang mengaminkan doa itu. Maka Allah mengutus malaikat dan membelengguku dengan rantai dari besi.”


Berkatalah Nabi Isa a.s pada: “Hai tukang batu, mulalah beramal kerana Allah telah mengampunimu dan menunjuki jalan kebaikan kepadamu.”

ALLAH S.W.T. MEMBERI SEBELUM DIMINTA



Kebanyakan manusia, hatta yang pemurah sekalipun, memberi setelah diminta. Allah S.W.T. sebaliknya, memberi sebelum diminta oleh makhluk-Nya.

Manusia bersifat pelupa. Sering kali kita lupa meminta apa yang kita sendiri perlukan dalam hidup. Namun, Allah S.W.T Maha Penyayang, Dia memberikan juga kita rezeki, perlindungan, kesihatan dan pimpinan walaupun kita sering lupa untuk memintanya.

Bayangkan apa akan terjadi kepada kita jika Allah S.W.T. memberi hanya apabila kita memintanya?

Boleh bernafaskah kita saat ini sedangkan pagi tadi kita `terlupa' memohon oksigen?
Apakah kita masih beragama islam pada hal kita sering lupa meminta dikekalkan hidayah ini didalam diri kita?

Mujur dan syukur, sifat Al-Wahhab Allah itu terus proaktif (jika boleh dikatakan begitu) memberi, sentiasa dan selamanya, walaupun manusia sering lupa memintanya.

14 MUKJIZAT YANG BERLAKU PADA DIRI RASULULLAH S.A.W.



1) Bulan terbelah dua

2) Tunggul pohon tamar menangis kerana Nabi S.A.W. tidak menggunakannya lagi ketika berpidato kepada sahabat.

3) Makanan yang sedikit mencukupi untuk yang banyak

4) Memecahkan batu yang menghalang kerja pengorekan parit dalam peristiwa peperangan khandak/ahzab.

5) Air keluar dari celah jari jemari baginda.

6) Sentiasa dilindungi awan ketika berjalan dipanas mentari.

7) Mengusap kantung susu seekor kambing untuk mengeluarkan susunya yang telah habis.

8) Menidurkan sepuluh orang pemuda Mekkah dengan taburan pasir yang merancang untuk membunuh baginda.

9) Berhala-berhala runtuh dengan hanya ditunjuk oleh Rasulullah S.A.W.

10) Berkata-kata dengan unta yang lari dari pemilik kerana masyarakat disekelilingnya meninggalkan solat isyak.

11) Isra ke Masjidil Aqsa dari Masjidil Haram lalu Mikraj ke Sidratul Muntaha dari Baitul Maqdis tidak sampai satu malam pada tanggal 27 Rejab tahun 11 Hijriah.

12) Menyembuhkan penyakit Ali bin Abi Thalib saat pemilihan pembawa bendera pemimpin dalam perang Khaibar.

13) Menyembuhkan betis Ibnu Hakam yang terputus pada perang Badar, kemudian Muhammad S.A.W. meniupnya, lalu sembuh seketika tanpa merasakan sakit sedikit pun.

14) Merubah emas hadiah raja Habib bin Malik menjadi pasir di Gunung Abi Qubaisy.

KETAKWAAN RASULULLAH S.A.W KEPADA ALLAH S.W.T



Abu Dzar r.a. berkata, "Pada suatu malam, aku menginap di rumah Rasulullah. Saat itu, beliau sedang melakukan solat malam dan aku mendengar beliau membaca "Bismillahirrahmannirrahim", lalu beliau menangis, kemudian beliau kembali membacanya. Beliau menangis lagi dan mengulanginya untuk ketiga kalinya, lalu beliau menangis dan berkata, sementara beliau masih dalam posisi solat, " Rugilah orang yang tidak mendapatkan rahmat Allah".

Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata, Rasulullah S.A.W.bersabda kepadaku, "Bacakanlah kepadaku al-Quran." Abdullah kemudian berkata, " Wahai Rasulullah, bagaimana mungkin aku membacakan al-Quran kepadamu, sementara ia diturunkan kepadamu?". Rasulullah S.A.W. bersabda, " Bacalah, kerana aku suka mendengarkannya dari orang selain aku". Abdullah bin Mas'ud berkata, " Aku pun segera membaca surah an-Nisa, dan ketika aku sudah sampai pada bacaan:

"Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (Rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan Kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu)". (an-Nisa (4): 41).

Rasulullah S.A.W. mengatakan, "Cukup".
Abdullah pun berkata, "Aku lalu melihat Rasulullah, tiba-tiba kedua mata Rasulullah telah berurai air mata."

Semoga Allah S.W.T. melimpahkan rahmat dan kebahagiaan kepadamu, wahai Rasulullah S.A.W.
Betapa beliau sangat takut dan sangat bertakwa kepada Allah S.W.T, bahkan, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muthraf bin Abdullah bin Syakhir r.a, apabila Rasulullah S.A.W. melaksanakan solat sunnat, beliau selalu menangis. "Aku pernah menjumpai beliau, lalu aku mendengarkan dadanya mengeluarkan suara isak tangis seperti suara mendidihnya air di dalam ketel kerana tangisannya." (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, nombor:15877).

DETIK-DETIK KETIKA BUKU AMALAN KITA DIBUKA



Salah satu peristiwa besar yang akan terjadi pada saat upacara hisab ialah penyerahan buku catatan amal manusia di dunia. Allah S.W.T. menjelaskan proses penyerahan buku itu adalah berbeza-beza sesuai dengan amal perbuatan manusia di dunia.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Adapun orang yang diberikan kepadanya kitab dari sebelah kanannya, maka dia berkata: 'Ambillah, bacalah kitab amalanmu (ini). Sesungguhnya aku yakin bahawa aku akan menenui hisab terhadap diriku.'

"Adapun orang yang diberikan kepadanya kitab dari sebelah kirinya, maka dia berkata: 'Aduhai,alangkah baik jika aku tidak diberikan kepadaku kitab. Alangkah baiknya kiranya kematian itu suatu penamat. Harta kekayaanku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku. Malah telah hilang dariku kuasa pemilikannya." (Suruh al-Haqqah)

Malaikat Pencatat

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
'Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada berdekatannya malaikat pengawas yang selalu hadir." (Suruh Qaf 50:18)

Al-Quran menamakan kedua-dua malaikat ini dengan sebutan al-Hafazah (penjaga amal perbuatan manusia).

Riwayat al-Bukhari dan Muslim daridapa Ibn Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
" Sesungguhnya Allah s.w.t. mencatat amalan baik dan buruk manusia. Maka sesiapa yang berkeinginan (hamma) untuk melakukan kebaikan namun tidak jadi melakukannya, akan ditulis untuk kebaikan sempurna. Dan sesiapa yang berkeinginan untuk melakukannya lalu ia benar-benar melakukannya, maka ditulis untuknya sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus kali ganda bahkan hingga tidak terbatas. Dan sesiapa yang berkeinginan untuk melakukan keburukan namun ia tidak jadi melakukannya, maka ditulis untuknya satu kebaikan. Namun jika ia keinginannya lalu benar-benar melakukannya, maka akan ditulis untuknya satu kejahatan."

Buku Amalan

Kedua-dua malaikat ini tidak pernah penat atau bosan mencatat amalan manusia, hingga tiba saat kematian orang tersebut lalu ditutuplah buku amalannya. Dan buku itu akan sekali lagi dibuka apabila orang tersebut dibangkitkan kembali untuk menjalani hisab. Imam ahli tefsir Muqatil bin Sulaiman berkata, "Apabila seseorang mati, maka lembaran amalannya tertutup. Lalu apabila ia dibangkitkan, lembaran-lembaran itu akan dibuka kembali."

Ucapan ini sebagaimana firman Allah S.W.T. (yang bermaksud):
"Dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) kembali dibuka". (Suruh al-Takwir 81:10)

Diriwayatkan bahawa buku-buku itu akan turun dari arah langit, lalu berterbangan mencari para pemiliknya yang ketika itu sedang berdiri di padang Mahsyar. Sebahagian ulama membayangkan pemandangan waktu itu bagaikan hujan salji yang sangat lebat. Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam al-Zuhd al-Kabir daripada Rabi'ah al-'Adawiah ia berkata, "Setiap kali melihat hujan salji, aku teringat buku-buku amalan yang berterbangan."

Anehnya, buku yang berterbangan itu jatuh pada tangan pemiliknya. Jika ia jatuh ke tangan pemiliknya melalui arah kanan, maka disambut dengan kegembiraan yang tidak terkira. Sebab "kanan" (bahasa Arab al-yamin) berasal daripada kata "al-yumn" yang mengandungi makna "beruntung" sehingga menandakan keselamatan. Orang ini akan melompat kegirangan lalu menunjukkan bukunya itu kepada semua orang yang berada berdekatannya. Ia berkata, " Mari lihatlah kitabku ini! Sesungguhnya sejak dulu aku yakin bahawa aku akan menemui hisab terhadap diriku." Demikian sebagaimana yang diceritakan dalam suruh al-Haqqah di atas.

Sebahagian buku yang lain jatuh ke tangan pemiliknya melalui arah tangan kiri, maka dia akan melahirkan rasa ketakutan yang tidak terbayang. Sebab "kiri" ( bahasa Arab al-syimal atau masy'amah) mengandungi makna "syu'm" yang bererti "sial" atau "tidak beruntung". Ketakutan orang ini semakin besar pada waktu dia membaca isi buku tersebut dan melihat semua perincian perbuatannya tertulis dengan jelas. Mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia tercatat semuanya." (Suruh al-Kahfi 18:49)

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,"Sering kali sebuah kata-kata yang diucapkan seseorang, ia menganggapkan ringan sahaja, namun dapat membuatnya melayang-layang di neraka selama tujuh tahun lamanya."

BIODATA RASULULLAH S.A.W.




1) Nama : Muhammad bin ' Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
2) Tarikh lahir : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ' abah)
3) Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4) Nama bapa : 'Abdullah bin ' Abdul Muttalib bin Hashim
5) Nama ibu :  Aminah binti Wahab bin ' Abdul Manaf
6) Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7) Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8) Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ' diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ' diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah) Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah S.A.W) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
Datuknya, ' Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ' abah.
Pembinaan semula Ka ' abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W.
1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam ' ah
3. 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas