SETIAP UJIAN ADA PAHALA DI SISI ALLAH S.W.T.






Imam Al-Ghazali telah menyebut satu kisah yang menarik dalam satu kitabnya bagaimana ada dua hamba Allah yang turun ke laut untuk menangkap ikan, seorang kafir dan seorang lagi beriman.

Orang yang kafir itu telah menyeru nama segala jin dan jenisnya yang kononnya boleh memberi rezeki dan menjaga laut.
Kemudian si kafir tadi menghulurkan pukat ke laut, setelah ditarik ditakdirkan dia mendapat banyak ikan.

Manakala orang yang beriman pula menyebut nama Allah S.W.T. sebelum menghulurkan pukatnya ke laut. Setelah ditarik pukatnya ke perahunya, Allah S.W.T. mentakdirkan ia hanya mendapat seekor ikan.
Kemudian apabila hendak ditangkap, terlepas pula ikan itu dari tangannya dan terus jatuh ke laut.

Lalu malaikat yang melihat dan memerhati kedua-dua hamba ini, mengadu kepada Allah S.W.T.

"Ya Allah, mengapakah Engkau memberi ikan yang banyak kepada hambaMu yang kafir itu sedangkan hambaMu yang beriman ini Engkau hanya memberi seekor ikan sahaja kemudian terlepas pula dari genggamannya. Kenapalah Engkau takdirkan begitu wahai Tuhanku ".

Lalu Allah S.W.T. berfirman kepada malaikat berkenaan,

"Lihatlah tempat hambaKu yang beriman dan lihatlah tempat hambaKu yang kafir itu apabila mereka mati kelak".

Justeru itu, wahai orang yang beriman yang berada dalam kesempitan dan kepayahan hidup, janganlah bersedih kerana setiap ujian ada pahala di sisi Allah S.W.T.

MAHA SUCI ALLAH S.W.T. YANG TELAH MENCIPTAKAN BINTANG YANG PALING BESAR DI ALAM SEMESTA




Allah S.W.T berfirman (yang bermaksud):

"Sesungguhnya kejadian langit dan bumi dan perselisihan malam dan siang itu ada beberapa bukti bagi orang yang mempunyai fikiran. Mereka mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau berbaring dan memikirkan kejadian langit dan bumi seraya berkata: Hai Tuhan kami! Tidaklah Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau! Kerana itu peliharalah kami daripada seksa api neraka." Surah ali-Imran ayat 190-191)

BINTANG YANG PALING BESAR DI ALAM SEMESTA

Sejauh pengetahuan manusia hingga saat ini, bintang terbesar di alam semesta adalah  UY Scuti  (lebih besar dari VY Canis Majoris dan NML Cygni).





UY Scuti adalah bintang yang paling besar yang dikenal ketika ini dan merupakan 1708 kali ganda lebih besar jika dibandingkan dengan saiz matahari.

NML Cygni atau V1489 Cygni adalah bintang hypergiant merah dan bintang kedua terbesar selepas UY Scuti , dan merupakan 1.650 kali lebih besar dari saiz matahari.


VY Canis Majoris pula merupakan bintang yang besar dan merupakan 1420 kali ganda lebi besar jika dibandigkan dengan saiz matahari.




Firman Allah (yang bermaksud): "Dan kepunyaan Allah segala yang di langit dan di bumi, dan kepada-Nya (kepada Allah) akan dikembalikan segala urusan.(3-109)


RENUNGKANLAH 

Pernah diriwayatkan, Nabi SAW menangis dan apabila ditanya mengapa, lalu dijawab Rasulullah SAW bahawa pada malam itu diturunkan ayat daripada surah Ali-Imran bermaksud:

"Celakalah bagi orang yang membaca ayat kejadian langit dan bumi dengan tidak memikirkannya."

Firman Allah bermaksud:
"Maka tidakkah mereka mahu melihat kepada unta bagaimana dijadikan? Dan melihat kepada langit bagaimana ditinggikan? Dan melihat kepada gunung bagaimana ditegakkan? Dan melihat kepada bumi bagaimana dihamparkan? Maka ingatkanlah, kerana engkau itu hanya seorang pengingat." (Surah al-Ghasyiah, ayat 17-21)

Kekuasaan Allah terukir dan terlukis pada alam. Rahmat dan kasih sayang-Nya ada pada setiap detik kehidupan. Demikian sebahagian bukti kekuasaan Allah. Betapa indah dan sempurnanya setiap ciptaan itu. Al-Quran banyak menyuntik dan mendorong manusia berfikir kerana dengan itu akal tidak dibekukan oleh rutin dan kesibukan, malah memantapkan iman serta menjana kesempurnaan.

Bagaimanapun, berfikir biar pada batas dibenarkan atau yang sanggup dijangkau akal bukan seperti diingatkan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:
"Berfikirlah pada tanda kekuasaan Allah, dan jangan kamu berfikir mengenai zat Allah kerana kamu tidak akan dapat mengukur batasnya."

Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan di antara keterangan itu, diciptakannya kamu daripada tanah kemudian itu lihatlah, kamu menjadi manusia yang bertebaran." (Surah al-Rum, ayat 20)

Demikian bijaksana Allah yang Maha Mencipta mengatur semua itu untuk manusia. Namun, berapa ramai manusia berfikir mengenai penciptaan itu. Bulan dan matahari boleh berpadu walau tidak bersatu. Begitu juga siang dan malam saling bertukar tidak pernah bercakaran.

Bintang berkelipan indah tidak pernah membantah, malah semua itu tidak pernah bertelagah apa lagi menderhaka meminta kedudukan dan kuasa. Tetapi manusia yang bertebaran berterabur dengan perbalahan dan permusuhan.

20 SEBAB KENAPA MALAIKAT TIDAK MASUK KE DALAM RUMAH





1- Penghuninya memutus silaturrahim dengan ahli keluarga, kawan dan lain-lain sehinggalah disambung semula.

2- Penghuni rumah itu memakan harta anak yatim secara batil.

3- Didalam rumah ada anjing. (jika perlu anjing untuk keselamatan jangan dibenarkan masuk ke dalam rumah).

4- Rumah yang ada tersimpan gambar-gambar yang mencerma sahabat nabi, agama islam, yang mengagungkan syaitan dan lain-lain.

5- Aktiviti pemujaan selain daripada Allah.

6- Nyanyian adalah makruh bagi lelaki dengan syarat seni kata tidak mengandungi pujaan kepada manusia dan diketepikan keesaan Allah; juga lagu-lagu yang berunsur syaitan. Nyayian adalah haram bagi kaum wanita apatah lagi bila ada percampuran bebas diantara lelaki dan perempuan.

7- Penghuni sentiasa meninggikan suara atau kasar kepada isteri / anak.

8- Penghuni yang melakukan syirik kepada Allah termasuk tukang tilik, sihir dan lain-lain perbuatan yang berunsur syirik.

9- Rumah yang ada perhiasan buatan emas seperti pinggan mangkuk.

10- Makanan di rumah yang ada makanan haram seperti arak, dadah dan sebagainya.

11- Penghuni sentiasa bergelumang dengan dosa seperti membuat maksiat, berzina, berjudi dan sebagainya.

12- Penghuni yang menderhaka kepada ibu bapa.

13- Penghuni rumah yang memakan wang riba.

14- Mengamal budaya syaitan juga dari jenis pakaian, perhiasan.

15- Ada patung-patung yang cukup sifat (jika ditiup roh oleh Allah maka ia akan hidup).

16- Ada loceng yang menyerupai loceng di gereja, kuil dan lain-lain.

17- Percaya kepada tukang tilik.

18- Penghuni adalah pemberi dan penerima rasuah.

19- Penghuni mengubah kejadian Allah seperti dengan memancungkan hidung (plastic surgery) atau membuang bulu kening bagi perempuan atau mengubah bahagian lain dengan tanpa sebab kesihatan.

20- Penghuni yang berhadas besar, tidak mandi junub sepanjang masa kerana kejahilan.