NIKMAT YANG MELIMPAH SELAMA 24 JAM SETIAP HARI


Pernahkah anda terfikir bagaimana jika dunia anda gelap gelita?
Rasakan bagaimana jika Allah S.W.T. menarik nikmat mata ini. 
Bayangkan betapa susahnya hidup tanpa penglihatan. tetapi kita jarang bersyukur.

Allah S.W.T. telah memberikan kita penglihatan selama 24 jam setiap hari.
Mata kita pula akan berkelip sebanyak 23,040 kali setiap hari.



Jantung kita akan berdenyut sebanyak 100,000 kali setiap hari untuk membantu peredaran darah.



Paru-paru kita akan membantu untuk pernafasan sebanyak 23,000 kali setiap hari.



Buah pinggang kita akan membersihkan darah kita sebanyak 1,500 liter setiap hari.



Perut kita akan menghasilkan Asid Hidroklorik sebanyak 2 liter setiap hari untuk menghadamkan makanan.


Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"
(Surah Ar-Rahmaan: ayat 13).


BAHAYANYA GOLONGAN ANTI HADIS.



Daripada Miqdam bin Ma'dikariba r.a. berkata: 
Bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Hampir tiba suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadisku, maka ia berkata: "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (al-Quran) sahaja. Apa yang di halalkan oleh al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan". (Kemudia Nabi S.A.W. melanjutkan sabdanya): "Padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah S.A.W. samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T."
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).

Lelaki yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah seorang yang mengingkari kedudukan Hadis sebagai sumber hukum yang kedua selepas al-Quran.

Ia hanya percaya kepada al-Quran sahaja. Baginya, hadis tidak perlu untuk dijadikan sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini tidak syak lagi telah terkeluar dari ikatan Agama Islam. Dan pada realitinya seseorang itu tidak akan dapat memahami al-Quran jika tidak merujuk kepada hadis Nabi S.A.W.

Al-Quran banyak menerangkan hal-hal yang besar dan garis panduan umum. Maka Hadislah yang berfungsi untuk memperincikan isi dan kandungan serta kehendak ayat-ayatnya serta menghuraikan dan menerangkan yang musykil.

Oleh kerana itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan al-Quran sahaja, tetapi ia mesti disertai dengan hadis Nabi S.A.W.


UBAT KEPADA SEGALA PENYAKIT DENGAN IZIN ALLAH S.W.T.



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”
(Surah Al-Israa’: ayat 82)

Alunan ayat al Quran yang terdiri dari beberapa frekuensi akan sampai ke telinga dan seterusnya menggetarkan sel otak. Ia memberi kesan kepada medan elektronik tubuh yang dikeluarkan oleh getaran frekuensi dari sel-sel tersebut. Tindakbalas langsung ini menukar getaran yang sedia ada pada tubuh jika frekuensi dari al Quran tersebut didengar secara berulang.

Virus dan kuman pula sangat terkesan dengan getaran suara terutama dari getaran alunan al Quran. Ia akan menjadi lemah dan berhenti. Aktiviti sel yang sihat pula akan meningkat dan menyembuhkan kembali program penyembuhan tubuh yang terganggu untuk bersedia semula bagi menentang virus dan kuman.

Dibawah adalah gambar sebenar sel darah merah yang mula menukar medan elektromagnetik di sekitarnya selepas diperdengarkan alunan al Quran.




Dibawah adalah gambar virus yang terganggu pembesarannya dan mula mati selepas diperdengarkan alunan al Quran.




SESUNGGUHNYA LANGIT DAN BUMI SENTIASA BERZIKIR KEPADA ALLAH S.W.T.



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun."
(Surah Al-Israa, ayat 44).

Jika segala sesuatu yang ada di  langit dan bumi sibuk bertasbih mensucikan Allah S.W.T, maka sebahagian besar manusia pula di bumi ini sibuk dengan urusan dunia dan pekerjaan masing masing.  

Mereka tidak mempunyai waktu untuk mengagungkan dan mensucikan Allah S.W.T. sedikitpun, kecuali orang-orang yang beriman dan mentaati perintah Allah S.W.T.

KEADAAN JENAZAH SEORANG PENIAGA YANG SUKA MENIPU DALAM PERNIAGAAN.



Abdul Hamid bin Mahmud Almughuli berkata: 
"Ketika aku duduk bersama Ibn Abbas r.a., tiba-tiba datang kepadanya beberapa orang dan mereka berkata:

"Kami rombongan haji dan bersama kami ini ada seorang yang ketika sampai di daerah Dzatishshahifah, tiba-tiba ia mati, maka kami siapkan segala keperluannya, dan ketika menggali kubur untuknya, tiba-tiba ada ular sebesar lahad, maka kami tinggalkan dan menggali di tempat lain tetapi di situ juga ada ular, maka kami biarkan dan kami menggali di tempat lain pula dan di situ juga ada ular, maka kami biarkan dan kini kami ingin bertanya kepadamu, bagaimanakah harus kami perbuat terhadap mayat itu?".

Ibn Abbas r.a. menjawab:
"Itu dari amal perbuatannya sendiri, lebih baik kamu kuburkan saja, demi Allah andaikan kamu galikan bumi ini semua nescaya kamu akan dapat ular di dalamnya".

Maka mereka kembali dan menguburkan mayat itu di dalam salah satu kubur yang sudah digali itu dan ketika mereka kembali ke daerahnya, mereka pergi kepada keluarga arwah untuk mengembalikan barang-barangnya sambil bertanya kepada isterinya bahawa apakah amal perbuatan yang dilakukan oleh suaminya?.

Isterinya menjawab:
"Dia biasa menjual gandum dalam karung, lalu dia akan mengambil sedikit gandum sekadar untuk makanannya sehari dari karung yang hendak dijualnya dan kemudian dia akan mengisikan pula tangkai-tangkai gandum itu ke dalam karung tadi seberat apa yang diambilnya itu".


INGINKAN PAHALA KORBAN SEEKOR UNTA DENGAN PERCUMA?



Hendaklah para makmum bersegera pergi ke masjid untuk solat jumaat, berpandukan kepada hadis Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Orang yang pergi ke masjid di saat pertama, maka seolah-olah ia telah mengorbankan seekor unta; dan barangsiapa pergi ke masjid di saat kedua, maka seolah-olah ia telah mengorbankan seekor lembu dan barangsiapa pergi ke masjid di saat ketiga, maka seolah-olah ia telah mengorbankan seekor biri-biri yang bertanduk; dan barangsiapa pergi ke masjid di saat yang keempat, maka  seolah-olah ia telah menghadiahkan seekor ayam; dan barangsiapa pergi ke masjid di saat yang kelima; maka seolah-olah ia telah menghadiahkan sebiji telur; kemudian apabila imam masuk maka ditutuplah buku catatan, diletakkan pena; dan berkumpullah para Malaikat di sekitar mimbar mendengarkan khutbah. Barangsiapa datang sesudah itu, maka hanya ia datang untuk solat sahaja, ia tidak memperolehi keutamaan apa-apa lagi".
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa".
(Surah Ali-Imraan:  ayat 133)