MAHA SUCI ALLAH S.W.T. YANG TELAH MENCIPTAKAN TUMBUHAN DENGAN SEMPURNA.



Lihatlah betapa hebatnya Allah S.W.T. menciptakan daun–daun yang sungguh cantik dan sempurna.  Titisan –titisan air yang terdapat diatas daun tersebut seumpama mutiara yang berkilauan.

Kenapa titisan air itu tidak meresap kedalam daun tersebut?  Kerana Allah S.W.T. telah menciptakan “jari-jari” yang halus kepada daun tersebut yang berfungsi menahan air dari meresap kedalam daun tersebut.



Sebuah majalah sains yang terkenal, Journal of Plant Molecular Biologist telah memuatkan sebuah artikel mengenai penelitian sekumpulan cendekiawan terhadap tumbuhan. Mereka mendapati sebahagian flora mengeluarkan bunyi halus yang tidak mampu didengari telinga manusia dan bunyi tersebut berjaya dirakam menggunakan alat perakam yang tercanggih.

Setelah tiga tahun mengkaji, para saintis berjaya menganalisis denyutan suara tersebut sehingga menjadi isyarat-isyarat bersifat cahaya elektrik menggunakan osiloskop. Mereka mendapati denyutan cahaya itu berulang lebih daripada 1000 kali dalam satu saat. 

Allah S.W.T berfirman (yang bermaksud)
“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.”
(Al-Israa', Ayat : 44)

   

SANGGUPKAH ANDA MENGHADAPI KEPANASAN MATAHARI YANG DITAMBAH SEBANYAK 70 KALI ?



Matahari merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer dan mempunyai diameter 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C.   

Jenis batu atau logam apapun yang ada di Bumi ini akan lebur pada suhu setinggi itu.

Cahaya daripada matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari, menjadi buta.

Subhanallah! cuba bayangkan betapa panasnya cahaya matahari tersebut. Tetapi pernah tak anda terfikir bahawa kepanasan api neraka ialah 70 kali ganda dari kepanasan yang ada di alam ini.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api Neraka Jahanam." Sahabat-sahabat Baginda berkata:  "Demi Allah!  Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa. " Baginda s.a.w., bersabda: "Meskipun demikian, kepanasan Neraka jahanam ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanyak enam puluh sembilan bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api dunia ini. "
(Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

Bayangkan kalau percikannya (sebesar lubang jarum) sahaja pun sudah boleh menghancurkan seluruh alam ini. Jadi bagaimana manusia hendak menghadapinya walaupun untuk 1/2 saat sahaja.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dalam satu hari yang kadarnya lima puluh ribu tahun".
(al-Ma'arij: 4).

Ini bermakna, andainya hukuman terhadap orang yang diazab dalam neraka itu dijalankan dalam satu hari ukuran Akhirat, bererti ia terpaksa menjalani hukuman selama 50,000 tahun.

"Ya Allah, lindungilah kami daripada azab api neraka".


SOLATLAH WALAUPUN KETIKA SEDANG BERPERANG



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
(Surah Taha: ayat 14)   


Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.”
(Surah Al-Baqarah: ayat 153)


Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”
(Surah Al-Ankabut: ayat 45).


AR-RAZZAQ (MAHA PEMBERI REZEKI)



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhluknya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.”
(Adz-Dzaariyaat: 58)

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia di simpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”
(Hud: 6)



Rasulullah S.A.W. besabda:
“Jika kamu bertawakkal kepada Allah benar-benar tawakkal nescaya Allah merezekikan kamu seperti DIA merezekikan burung. Burung keluar pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang” 
(Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dll, sahih).



As-Sa’di t menerangkan makna nama Allah tersebut,
“Maha Pemberi Rezeki terhadap seluruh makhluk, sehingga tidaklah ada sesuatu yang ada di alam angkasa ataupun alam bumi kecuali menikmati rezeki-Nya dan dilingkupi oleh kedermawanan-Nya.”