KITA BERIBADAT KEPADA ALLAH S.W.T. HANYA SEHINGGA 60 ATAU 70 TAHUN SEDANGKAN BINTANG DAN MATAHARI DI DALAM GALAKSI BERIBADAT KEPADA ALLAH S.W.T. SEHINGGA 10 BILLION (10,000,000,000) TAHUN.



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.”
(Al-Israa': ayat 44)

Tahukah anda bahawa Bumi kita sedang berputar pada kelajuan 460 meter sesaat dan sedang mengelilingi matahari pada kelajuan 30 kilometer sesaat. Ini bersamaan dengan 67,000 batu sejam.



Matahari pula sedang mengelilingi pusat Galaksi iaitu yang digelar “Black Hole” pada kelajuan 220 kilometer sesaat dan akan mengambil masa selama 225 juta tahun untuk membuat satu pusingan. 

Jangka hayat bintang dan matahari ialah sekitar 10 billion tahun. Ini bermakna bahawa setiap bintang akan membuat pusingan di dalam Galaksi lebih kurang 44 atau 45 kali sepanjang hayat mereka. Sewaktu berlakunya pusingan sebelum ini, bumi kita dipenuhi oleh binatang gergasi yang digelar sebagai Dinosaur.

Allah S.W.T. telah memberikan kepada bintang dan matahari jangka hayat sekitar 10 billion (10,000,000,000) tahunIni bermakna setiap bintang yang diciptakan oleh Allah S.W.T. akan beribadat kepada Allah S.W.T. selama 10 billion tahun tanpa berasa jemu ataupun bosan. ALLAHU AKBAR!!

Kita sebagai manusia akan beribadat kepada Allah S.W.T. hanya sehingga 60 atau 70 tahun (mengikut jangka hayat masing-masing). Tetapi masih ramai lagi manusia yang tidak mahu beribadat kepada Allah S.W.T. walaupun mereka mengaku beriman kepada-Nya. (Tidak mahu bersolat 5 waktu dan juga mengabaikan amalan wajib yang lain).

Tidakkah mereka berasa malu kepada makhluk-makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang mampu beribadat kepada Allah S.W.T. hampir 10 billion tahun tanpa berhenti. 

Malah ramai pula manusia yang berani untuk menderhaka kepada Allah S.W.T. dengan cara mensyirikkan-Nya.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Dan (ingatkanlah) masa Allah berfirman: "Panggillah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu (untuk menolong kamu); lalu mereka memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja, kerana makhluk-makhluk itu tidak menyahut seruan mereka: dan kami jadikan untuk mereka bersama sebuah tempat azab yang membinasakan.”
(Al-Kahfi : ayat 52)