MAHA SUCI ALLAH S.W.T. YANG TELAH MENCIPTAKAN “FREE ENERGY” (TENAGA PERCUMA) UNTUK KEGUNAAN MANUSIA DI BUMI.



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(Surah Ali-Imran : 191).

Apakah itu “Free Energy” atau yang disebutkan sebagai “tenaga percuma”?
“Free Energy” ialah suatu tenaga semulajadi yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. dan boleh diperolehi melalui alam sekitar. “Tenaga” tersebut boleh digunakan untuk mencipta elektrik, gelombang komunikasi, kenderaan tanpa menggunakan petrol dan banyak lagi untuk manfaat manusia.

Tenaga tersebut adalah PERCUMA serta boleh digunakan oleh sesiapa saja dan pada bila-bila masa saja.  Allah S.W.T. telah menciptakan tenaga “Free Energy” kerana terlalu sayang kepada makhluk ciptaan-Nya di bumi.

Oleh kerana tenaga “Free Energy” yang diciptakan oleh Allah S.W.T. adalah PERCUMA, maka penemuan “tenaga” tersebut telah mendapat tentangan yang sungguh hebat daripada manusia yang mengamalkan sistem kapitalis serta memiliki hati dan perangai “syaitan”.

Siapakah saintis yang telah berjaya menemui tenaga “Free Energy” yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T.?

Beliau ialah Nikola Tesla. Beliau dilahirkan di Croatia pada tahun 1856. Beliau merupakan seorang Saintis yang cemerlang pada zamannya tetapi tidak disukai oleh golongan yahudi Kapitalis.

Nikola Tesla
(1856 - 1943)

Pada tahun 1901, Tesla telah membina sebuah menara (Wardenclyffe Tower) di New York yang mana boleh menjana gelombang elektrik tanpa wayar secara semulajadi dan membekalkan elektrik ke seluruh dunia secara percuma. Ini bermakna setiap rumah di seluruh dunia hanya perlu ada “Antenna” di bumbung rumah untuk menerima elektrik percuma. Inilah yang dimaksudkan sebagai “Free Energy”.
ALLAHU AKBAR!!

Wardenclyffe Tower

Malah menara tersebut juga mampu menjana gelombang untuk menghantar maklumat. Jika projek ini wujud zaman ini, kita akan mendapat gelombang “high-speed Internet data” secara percuma.

Oleh kerana PERCUMA, maka projek Ini telah mendapat bantahan dari pihak yahudi Kapitalis yang mengeluarkan modal. Akhirnya terpaksa dibatalkan projek tersebut kerana tiada modal dan tidak mendapat bantuan kewangan.

Nikola Tesla pernah berkata:
"Tenaga elektrik terdapat dimana-mana saja (dalam udara) dengan jumlah yang tidak terhad. Tenaga ini mampu untuk menampung keperluan seluruh kenderaan dan mesin jentera di seluruh dunia tanpa bergantung kepada arang batu, petrol, gas atau apa saja bahan api."
ALLAHU AKBAR!!

Pada tahun 1931, Nikola Tesla telah mengubahsuai sebuah kereta Pierce-Arrow dan telah berjaya memandu kereta tersebut tanpa menggunakan petrol dan tiada sebarang bateri digunakan. Beliau telah memandu sejauh 50 batu dengan kelajuan 90km/jam. Bagaimanakah beliau berjaya melakukannya?  

Caranya ialah Nikola Tesla telah membuang engine gasoline dari kereta tersebut dan menggantikannya dengan "80-horsepower alternating-current (AC) electric motor". Kemudian beliau menggunakan 12 tube "vacuum", sedikit wayar dan "resistor" dan kemudian mencantumkan kesemuanya dalam sebuah kotak "circuit" dengan 2 batang "rod" sebagai penerima tenaga. Selepas itu beliau mula memandu kereta tersebut sambil berkata: "Kita sekarang ada tenaga".

Dari manakah datangnya tenaga tersebut? Kereta tersebut mendapat tenaga dari cas elektrik yang terdapat di udara sekitar.  Inilah yang dimaksudkan sebagai “Free Energy”.
ALLAHU AKBAR!!

Inilah kereta Pierce-Arrow tahun 1931 yang telah diubahsuai oleh Nikola Tesla.

Perkara ini telah ditutup daripada pengetahuan umum oleh “Media” dan juga oleh pihak yahudi kapitalis kerana ditakuti akan menggugat industri petrol. Sekiranya teknologi kereta tanpa petrol ini dibenarkan wujud, sudah tentu akan lebih menguntungkan kita.

Apabila Nikola Tesla meninggal dunia pada tahun 1943, kerajaan Amerika telah merampas segala hasil kajian dan juga makmal milik Tesla.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri”.
(Surah: Yunus, ayat 44)