BERAPAKAH JUMLAH MANUSIA YANG AKAN BERKUMPUL DI PADANG MAHSYAR?



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya".
(Surah Qaf. Ayat 44)

Para saintis telah membuat kajian bahawa jumlah manusia yang pernah hidup di muka bumi ini sejak Nabi Adam a.s. adalah sebanyak 108 billion manusia.

Kini jumlah manusia yang masih hidup ialah sekitar 7.3 billion sahaja. Ini bermaksud sebanyak 93.5% telah meninggal dunia.

Jika ditakdirkan oleh Allah S.W.T. bahawa kiamat akan berlaku hari ini, maka jumlah manusia yang akan berkumpul di padang Mahsyar pada hari kiamat nanti ialah sebanyak 108 billion orang.

Jika kiamat berlaku 1000 tahun dari sekarang, maka jumlah manusia yang akan berkumpul di padang Mahsyar akan berlipat kali ganda. Mungkin telah menjadi 200 billion manusia.

Cuba bayangkan keadaan diri kita yang sedang dikelilingi oleh jumlah manusia sebanyak 200 billion manusia. 

Memang tidak dapat dibayangkan. ALLAHU AKBAR!

Dalam 200 billion manusia itu, cuba bayangkan bilakah pula masanya nama kita akan dipanggil untuk menghadap mahkamah Allah S.W.T? 

Memang tidak dapat dibayangkan. ALLAHU AKBAR!

Jadi apakah persediaan kita untuk menghadapi keadaan yang sesak dan teruk seperti itu nanti?

Adakah kita benar-benar telah bersedia?


JANJI ALLAH S.W.T. ADALAH BENAR DAN PASTI.




Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!”
(Surah Al-Fajr: ayat 27-30)



(Jenazah Syeikh Abdul Mun'im Abu Zant.. Seorang ulama Al Azhar berasal daripada Palestin dan pernah menjadi ahli parlimen ikhwan Muslimin di Jordan 1989-2007.)
Senyuman lebar lagi manis. 

Ya Allah, Anugerahkan kepada kami kesudahan seumpamanya.......Amin.


MUSUH BERTANYA 4 SOALAN KEPADA RASULULLAH S.A.W.



Diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Abbas r.a, dia berkata, "Pernah datang kepada Rasulullah S.A.W. sekelompok kaum Yahudi dan mereka berkata: "Wahai Abu Qasim! Ceritakanlah kepada kami beberapa hal yang kami tanyakan kepadamu, yang tidak akan mengetahui jawapannya kecuali seorang nabi".

Kemudian Rasulullah S.A.W. menjawab: "Tanyakanlah oleh kalian apa saja sekehendak kalian. Akan tetapi janjikan kepadaku kehormatan dan apa yang diambil Ya'qub daripada keturunannya, iaitu jika aku ceritakan kepada kalian tentang sesuatu kemudian kalian mengenalinya (membenarkannya), kalian benar-benar akan mengikutiku dengan memeluk islam".

Mereka menjawab: "Itu adalah untukmu

Jawab Rasulullah S.A.W : "Jikalau begitu, ajukan soalan".

Kaum Yahudi itu berkata: "Ceritakan kepada kami tentang empat hal yang akan kami tanyakan.

Pertama: Beritahu kami makanan apakah yang diharamkan Israil (Ya'qub) atas dirinya sebelum Taurat diturunkan?

Kedua: Ceritakan kepada kami, bagaimana proses air mani lelaki (sperma) dan air mani perempuan (zigot), dan ceritakan bagaimana pertemuan keduanya boleh menentukan anak lelaki dan perempuan?

Ketiga: Ceritakan kepada kami tentang nabi ummi ini dalam Taurat?

Keempat: Siapakah malaikat yang menjadi wali (pelindung)?".

Rasulullah S.A.W. kemudian menjawab: " Kalian berada dalam perjanjian dengan Allah. Jika aku mengkhabarkan kepada kalian jawapannya, apakah kalian akan benar-benar mengikutiku?"

Mereka pun memberikan perjanjian dan sumpahnya.

Rasulullah S.A.W. menjawab:
"Aku beritahukan kepada kalian, demi Allah yang telah menurunkan Taurat kepada Musa, apakah kalian tahu bahawa Israil mengidap satu penyakit yang kronik. Dia lama dalam keadaan sakit sehingga dia menyatakan nazarnya.

Jika Allah menyembuhkannya daripada sakit, dia akan mengharamkan makanan dan minuman yang paling disukainya. Makanan yang paling disukainya adalah daging unta dan minuman yang paling disukainya adalah susu unta".

Mereka menyahut: "Ya Allah, Benar!"

Baginda menjawab: " Ya Allah! Saksikanlah atas mereka".

"Dan aku beritahukan kepada kalian, demi Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia yang telah menurunkan Taurat kepada Musa, apakah kalian tahu bahawa air mani lelaki bersifat kasar, berwarna putih.
Sedangkan air mani perempuan (ovum) itu lembut, berwarna kekuning-kuningan. Mana pun yang berada di posisi atas atau lebih banyak, maka ia akan mendapat anak dan boleh jadi kembar dengan izin Allah.

Apabila air mani lelaki (sperma) lebih banyak daripada air mani perempuan (zigot), maka anak yang akan dilahirkan ialah lelaki dengan izin Allah. Apabila sebaliknya di mana air mani perempuan (zigot) lebih banyak berbanding air mani lelaki (sperma), maka anak yang akan dilahirkan adalah perempuan dengan izin Allah".

Mereka menyahut: "Ya Allah, Benar!"

Baginda menjawab: "Ya Allah! Saksikanlah atas mereka".

Aku beritahukan kepada kalian, demi Allah yang telah menurunkan Taurat kepada Musa, "Apakah kalian tahu bahawa nabi ummi ini kedua matanya terpejam akan tetapi hatinya tidak pernah tidur".

Mereka menyahut"Ya Allah, Benar!"

Baginda menjawab"Ya Allah! Saksikanlah atas mereka".

Mereka berkata: "Sekarang kamu beritahukan kepada kami siapakah malaikat yang menjadi pelindungmu. Jika jawapan terakhir ini benar, maka kami akan berkumpul denganmu dan tidak akan berpisah denganmu".

Baginda menjawab: "Malaikat pelindungku adalah Jibrail, dan Allah tidak pernah mengutus seorang nabi pun kecuali Jibrail yang turun kepadanya".

Mereka serentak berkata: "Jika begitu kami berpisah denganmu. Kalaulah yang menjadi malaikat pelindungmu selain Jibrail, pasti kami akan jadi pengikutmu dan membenarkan apa yang kamu bawa".

Baginda bertanya: "Apakah yang menghalangi kalian untuk menbenarkannya?".

Mereka menjawab: "Dia adalah musuh kami".

Kmudian Allah S.W.T. menurunkan ayat 97 dan 98 surah Al-Baqarah.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman".

“Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir”.
(Al-Baqarah: ayat 97 - 98).

Seketika mereka ditimpa seksaan, kerana kemurkaan Allah, seksa demi seksaan akan ditimpakan.

(Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad-nya daripada Abu Nadhr Hashim bin Qasim dan daripada al-Husayn bin Muhammad al Maruzi daripada Abd bin Humayd. Muhammad bin Ishaq bin Yasar juga meriwayatkannya. Lihat tafsir Ibn Kathir, jilid 1)



ALLAHU AKBAR!! SUNGGUH INDAHNYA PANTAI YANG DICIPTAKAN OLEH ALLAH S.W.T.


Gambar ini diambil di kepulauan Maldives. 
Lihatlah keindahan pantai pada waktu malam, ia bagaikan bintang yang bertaburan di tepi pantai. 

ALLAHU AKBAR!!