MAHA SUCI ALLAH S.W.T. YANG TELAH MENCIPTAKAN MAKHLUK DENGAN SEMPURNA.


Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”.
(Fussilat: ayat 53)

Tahukah anda bahawa di negara Alaska terdapat sejenis katak yang akan menjadi beku pada musim salji. Katak itu digelar sebagai "Columbia spotted frog" (Rana luteiventris) dan "Wood frog" (Rana sylvatica).

Sewaktu katak tersebut menjadi beku, katak tersebut akan berhenti bernafas, jantungnya akan berhenti dari berdenyut, darahnya akan berhenti mengalir dan seluruh badannya akan menjadi beku.

Tetapi selepas masuknya musim bunga, katak tersebut akan kembali bernafas dan akan meneruskan hidupnya seberti biasa.

ALLAHU AKBAR!!!


ALLAH S.W.T. TELAH MENGUTUSKAN TENTERA DARI LANGIT (MALAIKAT) UNTUK MEMBANTU RASULULLAH S.A.W. DALAM PEPERANGAN BADAR.



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut."
(Al-Anfaal: ayat :9).

Ketika berlakunya peperangan Badar, Pasukan Rasulullah S.A.W. bersama kaum Muslimin hanyalah berjumlah 314 orang, sedangkan kaum kafir Quraisy berjumlah sekitar 1000 orang.

Pertolongan para malaikat terhadap kaum muslimin pada hari itu banyak diceritakan dalam kitab-kitab sirah, dalam riwayat Ibn Sa'ad, daripada Ikrimah, dia berkata:
"Pada hari itu disaksikan kepala seseorang berputar dan terlempar, sedangkan tidak diketahui siapakah yang menebasnya".

Ibn Abbas r.a. berkata:
"Ketika seseorang daripada kaum Muslimin telah berkecamuk ketika bertempur, tiba-tiba dia mendengar suara pecutan di atasnya. Dia pun melihat kepada lawannya dan ternyata kepalanya sudah dipenggal. Lelaki itu berasal daripada kaum Ansar, dia kemudian menemui Rasulullah S.A.W. dan menceritakannya, kemudian baginda berkata, "Kamu benar, itu adalah bantuan daripada langit yang ketiga".

Abu Sayid al-Mazani berkata:
"Sesungguhnya aku bertempur dengan seorang lelaki daripada kaum musyrik dan aku ingin penggal kepalanya. Tetapi tiba-tiba kepalanya sudah jatuh sebelum pedangku sampai ke kepalanya, sehingga aku tahu bahawa yang melakukannya adalah bukan aku".

Suhail bin Amr berkata:
"Sungguh aku melihat dalam perang Badar itu beberapa wajah yang sangat putih, menunggang kuda yang sangat cepat antara langit dan bumi, mereka membunuh dan menawan musuh".

Hakim bin Hizam pada saat terjadinya perang Badar, dia masih seorang musyrik yang bergabung dengan pasukan Quraisy, dan akhirnya masuk islam, dia berkata:
"Sungguh telah diperlihatkan kepada kami pada hari Badar beberapa penunggang kuda daripada langit yang menutupi ufuk, terlintas dalam hatiku bahawa sesuatu daripada langit ini turun untuk membantu pasukan Muhammad. Tidaklah sesuatu itu kecuali serangan yang sangat dahsyat daripada pasukan Malaikat."

Jubair bin Muth'im ketika terjadinya perang Badar ketika masih musyrik, dia berkata:
"Sebelum terjadi peperangan antara kedua kaum itu, aku melihat pasukan berkuda hitam yang turun daripada langit seperti semut hitam, saat itu aku tidak meragukan bahawa itu adalah para Malaikat, tidaklah mereka ada kecuali untuk membinasakan kami".

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Al-Anfaal: ayat :10).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(Al-Anfaal: ayat :17).