KEJAMNYA MANUSIA YANG MENGAMALKAN RIBA.


Tahukah anda kenapa Allah S.W.T. telah mengharamkan riba?
Riba adalah suatu penindasan yang membawa kepada perhambaan dan akhirnya mengakibatkan kehancuran hidup seluruh manusia di dunia ini.

Anda inginkan buktinya?

Manusia diseluruh dunia telah ditipu oleh Bank dengan cara mencetak wang “atas angin” iaitu tanpa cagaran emas kemudian memberikan pinjaman wang tersebut dengan dikenakan riba / interest.

Untuk pengetahuan anda, jumlah keseluruhan duit kertas yang berada didalam dunia ini (tahun 2016) ialah sebanyak USD 80 Trillion, tetapi hutang seluruh negara didunia ini kepada bank ialah USD 152 Trillion (setelah campur riba / interest). Jadi bagaimanakah negara-negara tersebut hendak menbayar baki USD 72 Trillion tersebut?

Contohnya anda meminjam duit sebanyak RM10,000 dari Bank maka anda akan dipaksa membayar sebanyak RM14,000. (INGAT!!! Bank hanya mencetak RM10,000 sahaja dan bukannya RM14,000). Jadi dimanakah anda hendak mencari baki RM4,000? Sebab baki RM4,000 tersebut tidak wujud.

Itulah perangkap yang sengaja dirancang oleh Bank. Sebab itulah sesebuah negara boleh muflis kerana tidak dapat membayar semula hutangnya.

Akibatnya ramai manusia di bumi ini yang menderita kemiskinan dan kelaparan. Semuanya adalah kerana manusia telah melanggar perintah Allah S.W.T yang telah mengharamkan riba. Adakah manusia masih tidak sedar lagi?

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
(An-Nisaa': ayat 161).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
(Al-Baqarah : ayat 275).