BUMI INI ADALAH SEUMPAMA SEBUTIR PASIR DI DALAM LAUTAN


Gambar diatas menunjukkan gambar bumi dan bulan.

Gambar ini dirakam dari jarak 63.6 juta kilometer jauhnya oleh kapal angkasa milik NASA OSIRIS-Rex.

Lihatlah saiz bumi dan bulan yang kelihatan seperti sebutir pasir yang telah tenggelam di dalam lautan yang sungguh luas dan gelap.

TETAPI di bumi yang kecil macam sebutir pasir itulah terdapatnya manusia yang berlagak seperti Firaun dan jahat seperti ……………....(terlalu ramai).

Di situ jugalah terdapatnya pemimpin yang jahat yang sanggup menganiaya rakyatnya sendiri.
Di situ jugalah terdapatnya manusia yang telah lupakan Allah S.W.T dan tidak mahu tunduk dan sujud kepada Allah S.W.T.

Di situ jugalah terdapatnya pembunuh, perogol, perompak, pembuli, perasuah dan macam macam lagi yang sungguh menjijikan…..

Adakah mereka semua ini tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang berada diatas sebutir pasir (bumi) yang tidak ada nilainya disisi Allah S.W.T?

Allah S.W.T berfirman (yang bermaksud):
“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
(Al-Mu'minuun: ayat 115)

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.”
(Surah al-A'raf : ayat 34)

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!”
(Az-Zalzalah: 6 - 8).