MAHA SUCI ALLAH S.W.T. YANG TELAH MENCIPTAKAN MAKHLUK YANG TIDAK DAPAT DILIHAT OLEH MATA


Di langit sekeliling kita terdapat berbagai jenis makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang kita tidak dapat melihat dengan mata kita. Makhluk tersebut terbang di langit dalam kumpulan ataupun secara bersendirian.

Dalam buku “The Cosmic Pulse Of Life” tulisan “Trevor James Constable” dan diterbitkan pada tahun 1976, beliau telah membuat kajian tentang makhluk di langit yang tidak dapat dilihat oleh mata tetapi makhluk tersebut wujud dan boleh dibuktikan kewujudan mereka dengan menggunakan kamera Infra-Red.


Beliau telah berjaya mengambil gambar makhluk tersebut dengan menggunakan kamera Infra-Red dan telah memaparkannya didalam buku tulisan beliau. Makhluk tersebut terdapat dalam berbagai bentuk dan mereka juga boleh berubah bentuk. Ada yang bentuknya bulat seperti bola, ada yang bentuknya seperti ikan dan macam macam lagi. Mereka terdapat dalam berbagai saiz iaitu dari sekecil saiz bawang dan juga sebesar sebuah bandar.

Makhluk tersebut terbang di langit dan mereka mempunyai kemampuan untuk terbang dengan kelajuan sekitar 700 batu sejam. Mereka juga terdapat dalam hutan atau dicelah-celah pokok. Tetapi kita tidak dapat melihat mereka.


Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun."
(Surah Al-Israa, ayat 44).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Tidakkah kamu tahu bahawasanya Allah kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan juga burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui cara sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan".
(An Nuur: 41).

Allah S.W.T (yang bermaksud):
"Tidaklah engkau lihat bahawa makhluk-makhluk di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah. matahari, bulan dan bintang, bukit-bukau dan pokok-pokok dan juga binatang dan dari jenis manusia. Dan banyak daripada mereka berhak mendapat azab (kerana tidak sujud kepada Allah)". 
(Surah al-Haq : 17).