Ayat 13 Surah al-Hujurat bermaksud: "...............semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang orang yang lebih taqwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)."
“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu'minun, 115).
PENGHUJUNG HAYAT SESEORANG MUSLIM
Allah S.W.T. berfirman: " Allah menciptakan mati dan hidup kerana hendak menguji kamu, siapakah di antara kamu yang amat baik pekerjaannya.
(Juz 29 Surah al-Mulk Ayat 1-2).
Allah S.W.T. berfirman: " Semua makhluk yang bernyawa akan mati dengan izin Allah pada masa yang ditetapkan oleh Allah."
(Juz 4 Surah Ali Imran Ayat 145).
MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH S.W.T.
GOLONGAN DI BAWAH NAUNGAN ALLAH S.W.T.
Rasulullah s.a.w. bersabda, " Tujuh golongan akan dipayungi oleh Allah S.W.T. di bawah payungNya pada hari yang tiada payungan melainkan payungNya:
1. Pemirintah yang adil.
2. Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah S.W.T.
3. Lelaki yang hatinya sentiasa teringat masjid.
4. Dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu kerana Nya dan berpisah keranaNya.
5. Pemuda yang diajak (melakukan zina) oleh perempuan yang mempunyai pangkat dan jelita, lalu lelaki itu berkata sesungguhnya aku takut kepada Allah S.W.T.
6. Lelaki yang memberi sedekah lalu disembunyikannya kerana tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.
7. Lelaki yang berzikir kepada Allah S.W.T. secara bersendirian lalu basah matanya.
(Daripada Abi Hurairah r.a.)
BERSABARLAH DALAM MENGHADAPI UJIAN DARI ALLAH S.W.T.
Allah S.W.T. berfirman: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah al-Ankabut ayat 2-3)
Allah S.W.T. berfirman: " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah al-Baqarah ayat 286).
Allah S.W.T. berfirman: " Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah al-Imran ayat 139).
Allah S.W.T. berfirman: " .......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf ayat 12).
SEMBAHYANG BERJEMAAH DI MASJID
Firman Allah S.W.T: " Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan mendirikan solat, dan mengeluarkan zakat, dan tidak takut melainkan kepada Allah; maka mudah-mudahan mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk." (Ayat 18 Surah At-Taubah Juz 10)
KELEBIHAN MENZIARAHI ORANG SAKIT
"Tidak ada seorang muslim yang menziarahi seorang muslim (yang sakit) diwaktu pagi melainkan berselawat (supaya memperolehi rahmat) keatasnya tujuh puluh ribu Malaikat hingga sampai kepetang dan jika dia ziarah pada waktu petang, maka berselawat kepadanya tujuh puluh ribu Malaikat hingga waktu pagi dan dia memperolehi tempat buah-buahan (kebun) yang sampai waktunya dituai didalam syurga." (Riwayat Termizi)