Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Sesungguhnya
berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya;”
(Al-Mu'minuun: 2-3)
Pernahkah anda diganggu pemikiran anda ketika anda sedang
bersolat? Pernahkah anda terbayang wajah sesiapa atau terdengar bisikan ketika
sedang bersolat? Bagaimanakah wajah atau bisikan itu boleh terbayang di kepala kita ketika sedang
bersolat?
Seorang saintis dari United Kingdom yang bernama Barrie Trower telah
mendedahkan suatu penemuan penting tentang cara otak kita bekerja. Beliau
berkata:
“Otak manusia sentiasa
mengeluarkan gelombang yang dikenali sebagai “beta waves” di sekitar kepala.
Gelombang yang dihasilkan oleh otak kita boleh diceroboh oleh gelombang asing
yang mempunyai frekuansi yang hampir sama dengan frekuansi otak kita iaitu
sekitar 17.6 Hz sesaat.”
Ini bermakna otak kita (atau pemikiran kita) boleh diganggu
oleh sesiapa saja yang mempunyai kemampuan atau teknologi untuk menceroboh
gelombang otak kita. Teknologi ini telahpun wujud dan sedang giat digunakan oleh musuh-musuh Islam dan ia dikenali sebagai “Mind Control”.
Syaitan juga menggunakan kaedah “Mind Control” untuk
mengganggu hamba Allah yang sedang bersolat. Bisikan syaitan berlaku dengan cara
yang sama iaitu dengan mengganggu gelombang frekuensi otak kita. Apabila
gelombang otak kita terganggu maka kita akan terbayang macam-macam dan akan terdengar bisikan yang pelik-pelik.
Jadi, Bagaimanakah untuk kita melawan gangguan syaitan itu?
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Apabila engkau mengerjakan solat, maka solatlah
seakan-akan solatnya orang yg hendak berpisah (dengan dunia)".
[Hasan, HR Ahmad: 5/412, Ibnu Majah: 4171, ash-Shahihah:
401]
Syarat khusyuk yang paling utama adalah kemantapan iman
dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenal Allah
S.W.T. dan memperteguh keimanan kepada-Nya.