Ada 2 nikmat dari Allah S.W.T. yang dapat berubah menjadi
bencana terbesar untuk manusia apabila ia tidak dijaga, iaitu: MULUT dan
KEMALUAN.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. pernah
ditanya tentang perkara yang paling banyak membuatkan manusia masuk ke dalam
Neraka.
Rasulullah S.A.W. bersabda: “Dua lubang, mulut dan kemaluan……”
(Hadis riwayat Ahmad: 9097, Ibnu Majah: 4246, Ibnu Hibban:
476 dengan sanad yang hasan).
Dari mulut timbul ghibah, mengunpat, mencaci , memfitnah,
melaga orang dan seumpamanya.
Melalui mulut juga masuk benda-benda haram ke dalam perut.
Padahal nikmatnya makanan hanya sejengkal di mulut.
Selepas melepasi kerongkong, tidak lagi terasa.
Dari sejengkal kemaluan pula, timbul syahwat. Bila
disalurkan kepada yang halal dan benar akan mendapat pahala. Jika disampaikan
ke tempat yang tidak semestinya, akan menjadi dosa dan kemurkaan Allah S.W.T.