Letupan “Gamma Ray” di angkasa merupakan suatu letupan yang
paling kuat dan paling bercahaya di angkasa. Letupan ini berlaku dengan sungguh
cepat iaitu diantara 10 "milliseconds" sehingga beberapa minit.
Letupan ini berlaku jauh dari bumi iaitu sekitar ber-billion
tahun cahaya.
Kuasa dan tenaga yang dihasilkan oleh letusan yang berlaku sekitar 10 saat sahaja itu adalah bersamaan dengan kuasa dan tenaga yang
dihasilkan sepanjang hayat oleh matahari iaitu sekitar 10 billion tahun.
Letusan ini berlaku apabila bintang yang paling besar mula
meletup dan kemudian mengeluarkan sinaran “Gamma Ray” seperti lampu laser yang
panjang di dua arah bertentangan.
Allah S.W.T. berfirman
(yang bermaksud):
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada
penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan Kami jadikan
bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan dan Kami sediakan
bagi mereka azab Neraka yang menjulang-julang”.
(Surah Al-Mulk: ayat
5).
Cubalah bayangkan bagaimana hebatnya Allah S.W.T.
menciptakan letusan yang paling kuat untuk “rejaman
terhadap syaitan-syaitan”. Sungguh Hebat dan amat menakutkan.
Adakah anda masih lagi ingin melanggar perintah Allah S.W.T. ?
Allah S.W.T. berfirman
(yang bermaksud):
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya
malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu)
orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan
berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya
berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci
Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka”.
(Surah Ali Imran: Ayat 190–191)