“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu'minun, 115).
KERUGIAN BESAR JIKA TERTINGGAL SATU SOLAT FARDHU
Al-'Alim al-'Allaamah al-Mufti al-Habib Utsman bin 'Abdullah bin 'Aqil BinYahya rahimahumUllah telah memberi ingatan dalam karya beliau "Irsyaadul Anaam" halaman 31 sebagai berikut:-
"... jika tinggal sembahyang, samada laki-laki atau perempuan, maka rugi besar hingga berkata oleh setengah daripada ulama bahawa pahala 1000 kali haji tiada cukup buat menampal dosa tinggal satu fardhu sembahyang."