Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur
masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka
sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat
amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya
(dalam surat amalnya)!”
(Az-Zalzalah: 6 - 8).
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami
sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami
lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (iaitu) semasa dua malaikat (yang
mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan
perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di
sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau
perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang
sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)."
(Qaaf: 16 - 18).
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan
mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi
Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu); Mereka mengetahui apa yang
kamu lakukan. (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan
siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang
yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang
penuh nikmat."
(Al-Infitaar: 10 - 13)