Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Segala puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan menguasai
segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagiNyalah juga segala puji
di akhirat; dan Dia lah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam
pengetahuanNya”.
(Saba': ayat 1)
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja Yang Memberi rezeki
(kepada sekalian makhluknya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang
tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.”
(Adz-Dzaariyaat: 58)
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak
di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat
kediamannya dan tempat ia di simpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh
Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”
(Hud: 6)
Rasulullah S.A.W. besabda:
“Jika kamu bertawakkal kepada Allah benar-benar tawakkal
nescaya Allah merezekikan kamu seperti DIA merezekikan burung. Burung keluar
pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang dalam keadaan kenyang”
(Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dll, sahih).