Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Wahai orang-orang
yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
(Al-Baqarah: ayat 183)
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Puasa itu merupakan
perisai yang dapat menghalangi seorang hamba dari panasnya siksa api neraka”
(HR. Ahmad).
Saintis dari University
of Southern California telah membuat suatu kajian tentang kebaikan berpuasa
dari segi kesihatan. Hasil kajian tersebut adalah sungguh menakjubkan. Mereka
mendapati bahawa sekiranya seseorang itu berpuasa sekurang-kurangnya selama 3
hari, maka tubuh orang tersebut akan menjana semula sistem pertahanan badannya untuk
melawan serangan penyakit walaupun orang tersebut telah berusia lanjut.
Kajian terbaru menunjukkan bahawa dengan berpuasa juga boleh
mengaktifkan “stem cells” untuk menghasilkan sel darah putih yang baru yang
mampu melawan penyakit.
Saintis juga mendapati bahawa berpuasa amat berfaedah kepada
manusia yang lemah sistem pertahanan badannya contohnya seperti para pesakit kanser
dan juga orang yang telah lanjut usianya.
Seorang saintis yang bernama Valter Longo dari USC Davis School of Gerontology berkata:
“Ketika anda sedang
berpuasa, sistem badan anda akan berusaha untuk menjimatkan tenaga dengan cara
mengkitar semula sel pertahanan badan yang rosak dan akan menghasilkan semula sel
pertahanan yang baru”.
“(Puasa yang
diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu
yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia
berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib
atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya)
membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan
sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu
adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik
bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”
(Al-Baqarah : ayat 184)