Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Langit yang tujuh dan
bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi
Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi
kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi
Maha Pengampun.”
(Al-Israa': ayat 44)
Tahukah anda bahawa Bumi kita sedang berputar pada kelajuan 460
meter sesaat dan sedang mengelilingi matahari pada kelajuan 30 kilometer
sesaat. Ini bersamaan dengan 67,000 batu sejam.
Matahari pula sedang mengelilingi pusat Galaksi iaitu yang digelar “Black Hole” pada kelajuan
220 kilometer sesaat dan akan mengambil masa selama 225 juta tahun untuk membuat satu
pusingan.
Jangka hayat bintang dan matahari ialah sekitar 10 billion tahun. Ini bermakna bahawa setiap bintang akan membuat pusingan di dalam Galaksi lebih kurang 44 atau 45 kali sepanjang hayat mereka. Sewaktu berlakunya pusingan sebelum ini, bumi kita dipenuhi oleh binatang gergasi yang digelar sebagai Dinosaur.

Allah S.W.T. telah memberikan kepada bintang dan matahari jangka hayat sekitar 10 billion (10,000,000,000) tahun. Ini bermakna setiap bintang yang diciptakan oleh Allah S.W.T.
akan beribadat kepada Allah S.W.T. selama 10 billion tahun tanpa berasa jemu
ataupun bosan. ALLAHU AKBAR!!
Tidakkah mereka berasa malu kepada makhluk-makhluk
ciptaan Allah S.W.T. yang mampu beribadat kepada Allah S.W.T. hampir 10 billion tahun tanpa
berhenti.
Malah ramai pula manusia yang berani untuk menderhaka kepada Allah S.W.T. dengan cara mensyirikkan-Nya.
Malah ramai pula manusia yang berani untuk menderhaka kepada Allah S.W.T. dengan cara mensyirikkan-Nya.
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Dan (ingatkanlah)
masa Allah berfirman: "Panggillah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu
(untuk menolong kamu); lalu mereka memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja, kerana
makhluk-makhluk itu tidak menyahut seruan mereka: dan kami jadikan untuk mereka
bersama sebuah tempat azab yang membinasakan.”
(Al-Kahfi : ayat 52)