Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Segala puji tertentu
bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada
di bumi, dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dia lah sahaja Yang
Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya”.
(Saba': ayat 1)
Kita tentu pernah terbaca tentang isu minyak mentah dunia
yang kononnya akan “habis” tidak lama lagi. Para Saintis telah membuat andaian
bahawa minyak mentah dunia tidak akan bertahan lama kerana telahpun diterokai dan
digunakan oleh manusia.
Tahukah anda bahawa rizab minyak mentah yang tidak terhad
benar-benar wujud di dalam planet bumi?
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“….dan Kami alirkan
padanya (Nabi Sulaiman) sumur minyak (spring of oil)...”
(Saba, ayat 12)
(Saba, ayat 12)
Memang benar bahawa rizab minyak mentah yang tidak terhad memang
wujud di dalam planet bumi, dan Russia merupakan negara yang pertama
membangunkan teknologi canggih yang diperlukan untuk mendapatkan minyak mentah
tanpa had ini dengan cara yang cekap dan tepat pada masanya.
Para Jurutera Russia telah terkejut apabila mereka mendapati
bahawa minyak mentah di dalam bumi telah
di “Top-Up” iaitu telah bertambah secara semulajadi dari bawah perut bumi. Kejadian "Top-Up" ini akan sentiasa berlaku sehingga hari kiamat. ALLAHU AKBAR!!
Pada tahun 1970, Kerajaan Russia telah mula menggali lombong
minyak mentah yang dikenali sebagai “Kola SG-3”. Mereka telah menggali sedalam 40,230
kaki ke dalam tanah dan ini merupakan rekod dunia dari segi kedalaman. Syarikat
minyak Russia iaitu “Yukos” telah berjaya menggali sebanyak 310 lombong minyak
mentah yang “sungguh dalam”. Pada tahun 2004, Russia telah berjaya mengatasi
Arab Saudi dari segi pengeluaran minyak mentah yang paling banyak di dunia.
Minyak mentah dapat dikeluarkan di mana-mana sahaja di bumi,
sekiranya negara tuan rumah mampu untuk menampung kos yang mahal untuk
penggerudian yang kedalamannya yang melampau iaitu terpaksa melalui kerak batu
yang keras dalam perut bumi.
Vietnam merupakan negara yang miskin selepas perang dengan
Amerka pada tahun 1954.
Mereka sungguh miskin sehingga terpaksa meminta sedekah
untuk menampung kehidupan.
Ramai pakar dari luar negara telah memberitahu kepada
kerajaan Vietnam bahawa memang tidak ada sebarang minyak mentah dijumpai di
Vietnam.
Tetapi Kerajaan Russia telah membantu Kerajaan Vietnam untuk
mencari lombong minyak mentah.
Kini Vietnam merupakan negara pengeluar minyak mentah yang
maju dan telaga minyak “White Tiger” di Vietnam merupakan telaga minyak yang telah
menaikkan kembali maruah Vietnam di mata dunia.
Selepas kejayaan di Vietnam, negara China dan Korea Utara
juga telah mengikuti jejak Vietnam untuk mencari minyak mentah dengan bantuan Russia dan akhirnya
mereka juga telah berjaya menjumpai minyak mentah dibawah tanah.
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Bertanyalah (wahai
Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki
kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah
Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli
tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari
dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam
kesesatan yang jelas nyata ".
(Saba': ayat 24)