Allah S.W.T. telah menciptakan langit dan bumi serta segala
isinya untuk manfaat umat manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai
nikmat alam sekitar itu. Hal ini menyebabkan ada di kalangan manusia memandang
dingin nikmat tersebut sehinggakan bertindak menggondolkan bukit-bukau
sewenang-wenangnya dan menebang pokok-pokok tanpa had.
Gambar menunjukkan berbagai pokok-pokok yang sungguh cantik
dan unik yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T. Pokok-pokok ini terdapat di kepulauan
Madagascar.
Pokok-pokok ini hampir pupus akibat perbuatan tangan-tangan manusia
yang suka merosakkan alam dan bumi.
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Telah timbul berbagai
kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah
dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak
merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka
telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
(Al-Rum, ayat 41)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Dunia ini hijau dan
cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang
kamu lakukan”.
(Riwayat Muslim).