BINATANG PUN BERIBADAT KEPADA ALLAH S.W.T.


Allah S.W.T berfirman (yang bermaksud):

"Dan beribadatlah kepada Aku, kerana inilah jalan (Agama) yang lurus dan betul". (Surah Yasin : 61).

Beribadat kepada Allah S.W.T. tidaklah tertentu kepada manusia sahaja, tetapi semua makhluk yang wujud ini adalah beribadat kepada Allah iaitu dengan cara yang tersendiri buat mereka.

Ini jelas dari Firman Allah S.W.T (yang bermaksud):
"Tidaklah engkau lihat bahawa makhluk-makhluk di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah. matahari, bulan dan bintang, bukit-bukau dan pokok-pokok dan juga binatang dan dari jenis manusia. Dan banyak daripada mereka berhak mendapat azab (kerana tidak sujud kepada Allah)". (Surah al-Haq : 17).