CAHAYA TERANG MEMBUKTIKAN DETIK BERMULANYA KEHIDUPAN SEORANG MANUSIA.


Tahukah anda bilakah bermulanya saat-saat kehidupan seorang manusia?

Jawapannya ialah apabila suatu cahaya terang terpancar ketika sperma memasuki telur didalam rahim seorang ibu. Telur itu akan bercahaya bagaikan bintang di langit. Cuma mata manusia tidak akan dapat melihatnya kerana ia berada didalam rahim seorang ibu.

Para saintis dari Northwestern University, Chicago telah berjaya merakam saat-saat tersebut di dalam kamera.


Keajaiban Ini telah membuktikan bahawa manusia adalah makhluk Allah yang paling mulia dan mereka mempunyai misi khas iaitu untuk menjadi khalifah Allah di bumi.

Tetapi berapa ramaikah manusia yang sedar akan kejadian mereka itu dan berapa ramaikah manusia yang mahu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah di bumi?

Berapa ramaikah manusia yang telah menjadi hamba kepada syaitan laknatullah?

Berapa ramaikah manusia yang telah membunuh manusia lain tanpa ada sebarang perasaan kesihan?

Berapa ramaikah manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai pemimpin tetapi telah menindas dan menganiaya rakyatnya?

Allah S.W.T berfirman (yang bermaksud):
"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
(Al-Mu'minuun: ayat 115)