2 LUBANG YANG BOLEH MEMBAWA MANUSIA KE NERAKA.



Ada 2 nikmat dari Allah S.W.T. yang dapat berubah menjadi bencana terbesar untuk manusia apabila ia tidak dijaga, iaitu: MULUT dan KEMALUAN.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. pernah ditanya tentang perkara yang paling banyak membuatkan manusia masuk ke dalam Neraka.

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Dua lubang, mulut dan kemaluan……”
(Hadis riwayat Ahmad: 9097, Ibnu Majah: 4246, Ibnu Hibban: 476 dengan sanad yang hasan).

Dari mulut timbul ghibah, mengunpat, mencaci , memfitnah, melaga orang dan seumpamanya.

Melalui mulut juga masuk benda-benda haram ke dalam perut.
Padahal nikmatnya makanan hanya sejengkal di mulut.
Selepas melepasi kerongkong, tidak lagi terasa.

Dari sejengkal kemaluan pula, timbul syahwat. Bila disalurkan kepada yang halal dan benar akan mendapat pahala. Jika disampaikan ke tempat yang tidak semestinya, akan menjadi dosa dan kemurkaan Allah S.W.T.

Perhatikanlah 2 nikmat yang sejengkal itu.


SUNGGUH HEBATNYA ALLAH S.W.T. MENCIPTAKAN LETUPAN “GAMMA RAY” YANG SUNGGUH DAHSYAT DI ANGKASA.



Letupan Gamma Ray di angkasa merupakan suatu letupan yang paling kuat dan paling bercahaya di angkasa. Letupan ini berlaku dengan sungguh cepat iaitu diantara 10 "milliseconds" sehingga beberapa minit.

Letupan ini berlaku jauh dari bumi iaitu sekitar ber-billion tahun cahaya.
Kuasa dan tenaga yang dihasilkan oleh letusan yang berlaku sekitar 10 saat sahaja itu adalah bersamaan dengan kuasa dan tenaga yang dihasilkan sepanjang hayat oleh matahari iaitu sekitar 10 billion tahun.

Letusan ini berlaku apabila bintang yang paling besar mula meletup dan kemudian mengeluarkan sinaran “Gamma Ray” seperti lampu laser yang panjang di dua arah bertentangan.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab Neraka yang menjulang-julang”.
(Surah Al-Mulk: ayat 5).

Cubalah bayangkan bagaimana hebatnya Allah S.W.T. menciptakan letusan yang paling kuat untuk rejaman terhadap syaitan-syaitan.  Sungguh Hebat dan amat menakutkan.

Adakah anda masih lagi ingin melanggar perintah Allah S.W.T. ?

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka”.
(Surah Ali Imran: Ayat 190–191)


ALANGKAH RUGINYA JIKA TIDAK MEMBACA AL-QURAN



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”
(Surah al A'raaf: 7: 204)

Tahukah anda bahawa apabila kita membaca Al-Quran selama 3 jam setiap hari, akan meningkatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit, melindungi jantung dan otak serta akan memperbaiki semula fungsi sel-sel badan.

Gelombang bunyi ketika membaca Al-Quran akan mengaktifkan sel-sel badan dan akan menyembuhkan penyakit terutamanya penyakit serangan jantung dan kanser.

Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah S.W.T. maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.”
(Riwayat Tirmizi)