KITA BERIBADAT KEPADA ALLAH S.W.T. HANYA SEHINGGA 60 ATAU 70 TAHUN SEDANGKAN BINTANG DAN MATAHARI DI DALAM GALAKSI BERIBADAT KEPADA ALLAH S.W.T. SEHINGGA 10 BILLION (10,000,000,000) TAHUN.



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.”
(Al-Israa': ayat 44)

Tahukah anda bahawa Bumi kita sedang berputar pada kelajuan 460 meter sesaat dan sedang mengelilingi matahari pada kelajuan 30 kilometer sesaat. Ini bersamaan dengan 67,000 batu sejam.



Matahari pula sedang mengelilingi pusat Galaksi iaitu yang digelar “Black Hole” pada kelajuan 220 kilometer sesaat dan akan mengambil masa selama 225 juta tahun untuk membuat satu pusingan. 

Jangka hayat bintang dan matahari ialah sekitar 10 billion tahun. Ini bermakna bahawa setiap bintang akan membuat pusingan di dalam Galaksi lebih kurang 44 atau 45 kali sepanjang hayat mereka. Sewaktu berlakunya pusingan sebelum ini, bumi kita dipenuhi oleh binatang gergasi yang digelar sebagai Dinosaur.

Allah S.W.T. telah memberikan kepada bintang dan matahari jangka hayat sekitar 10 billion (10,000,000,000) tahunIni bermakna setiap bintang yang diciptakan oleh Allah S.W.T. akan beribadat kepada Allah S.W.T. selama 10 billion tahun tanpa berasa jemu ataupun bosan. ALLAHU AKBAR!!

Kita sebagai manusia akan beribadat kepada Allah S.W.T. hanya sehingga 60 atau 70 tahun (mengikut jangka hayat masing-masing). Tetapi masih ramai lagi manusia yang tidak mahu beribadat kepada Allah S.W.T. walaupun mereka mengaku beriman kepada-Nya. (Tidak mahu bersolat 5 waktu dan juga mengabaikan amalan wajib yang lain).

Tidakkah mereka berasa malu kepada makhluk-makhluk ciptaan Allah S.W.T. yang mampu beribadat kepada Allah S.W.T. hampir 10 billion tahun tanpa berhenti. 

Malah ramai pula manusia yang berani untuk menderhaka kepada Allah S.W.T. dengan cara mensyirikkan-Nya.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Dan (ingatkanlah) masa Allah berfirman: "Panggillah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu (untuk menolong kamu); lalu mereka memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja, kerana makhluk-makhluk itu tidak menyahut seruan mereka: dan kami jadikan untuk mereka bersama sebuah tempat azab yang membinasakan.”
(Al-Kahfi : ayat 52)



MAHA SUCI ALLAH S.W.T. YANG TELAH MENCIPTAKAN MAKHLUKNYA DENGAN SUNGGUH CANTIK.



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: dua, tiga dan empat; Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
(Surah: Faatir: ayat 1)



TERBUKTI BAHAWA ALLAH S.W.T. ITU MAHA PEMBERI REZEKI YANG MELIMPAH-LIMPAH TANPA HAD.



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
Segala puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dia lah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya”.
(Saba': ayat 1)

Kita tentu pernah terbaca tentang isu minyak mentah dunia yang kononnya akan “habis” tidak lama lagi. Para Saintis telah membuat andaian bahawa minyak mentah dunia tidak akan bertahan lama kerana telahpun diterokai dan digunakan oleh manusia.

Tahukah anda bahawa rizab minyak mentah yang tidak terhad benar-benar wujud di dalam planet bumi?  

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“….dan Kami alirkan padanya (Nabi Sulaiman) sumur minyak (spring of oil)...” 
(Saba, ayat 12)

Memang benar bahawa rizab minyak mentah yang tidak terhad memang wujud di dalam planet bumi, dan Russia merupakan negara yang pertama membangunkan teknologi canggih yang diperlukan untuk mendapatkan minyak mentah tanpa had ini dengan cara yang cekap dan tepat pada masanya.

Para Jurutera Russia telah terkejut apabila mereka mendapati bahawa minyak mentah di dalam bumi telah di “Top-Up” iaitu telah bertambah secara semulajadi dari bawah perut bumi. Kejadian "Top-Up" ini akan sentiasa berlaku sehingga hari kiamat. ALLAHU AKBAR!!

Pada tahun 1970, Kerajaan Russia telah mula menggali lombong minyak mentah yang dikenali sebagai “Kola SG-3”. Mereka telah menggali sedalam 40,230 kaki ke dalam tanah dan ini merupakan rekod dunia dari segi kedalaman. Syarikat minyak Russia iaitu “Yukos” telah berjaya menggali sebanyak 310 lombong minyak mentah yang “sungguh dalam”. Pada tahun 2004, Russia telah berjaya mengatasi Arab Saudi dari segi pengeluaran minyak mentah yang paling banyak di dunia.

Minyak mentah dapat dikeluarkan di mana-mana sahaja di bumi, sekiranya negara tuan rumah mampu untuk menampung kos yang mahal untuk penggerudian yang kedalamannya yang melampau iaitu terpaksa melalui kerak batu yang keras dalam perut bumi.

Vietnam merupakan negara yang miskin selepas perang dengan Amerka pada tahun 1954.
Mereka sungguh miskin sehingga terpaksa meminta sedekah untuk menampung kehidupan.
Ramai pakar dari luar negara telah memberitahu kepada kerajaan Vietnam bahawa memang tidak ada sebarang minyak mentah dijumpai di Vietnam.

Tetapi Kerajaan Russia telah membantu Kerajaan Vietnam untuk mencari lombong minyak mentah.
Kini Vietnam merupakan negara pengeluar minyak mentah yang maju dan telaga minyak “White Tiger” di Vietnam merupakan telaga minyak yang telah menaikkan kembali maruah Vietnam di mata dunia.

Selepas kejayaan di Vietnam, negara China dan Korea Utara juga telah mengikuti jejak Vietnam untuk mencari minyak mentah dengan bantuan Russia dan akhirnya mereka juga telah berjaya menjumpai minyak mentah dibawah tanah.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata ".
(Saba': ayat 24)



ADAKAH ALLAH S.W.T. TIDAK BERLAKU ADIL KERANA MENJADIKAN NEGARA AFRIKA SEBAGAI NEGARA YANG PALING MISKIN?



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya”.
(Adz-Dzaariyaat : ayat: 58)

Kita tentu pernah tertanya-tanya satu soalan iaitu:Kenapakah Allah S.W.T. telah menciptakan penduduk Afrika yang sungguh miskin sehingga berlaku kebuluran?, Adakah Allah S.W.T tidak berlaku adil kepada mereka?..............”

Afrika merupakan negara yang paling miskin di dunia serta mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi iaitu dianggarkan sebanyak 1.111 billion pada tahun 2013.

Janganlah kita mengatakan bahawa Allah S.W.T. itu tidak adil kerana Itu adalah satu penipuan yang sungguh besar.

Berikut adalah bukti-bukti bahawa Allah S.W.T. itu Maha Pemberi Rezeki dan Maha Adil dan tidak pernah mengabaikan makhluk-Nya di Afrika:

1)     Afrika Selatan adalah negara pengeluar emas yang ke-5 terbesar di dunia dan menghasilkan emas sebanyak  197.9 tan atau 7,02% daripada pengeluaran emas dunia pada tahun 2011, iaitu bernilai  USD $9,999,083,431. Tetapi lombong emas di Afrika tidak dimiliki oleh penduduk Afrika kerana telah diambil secara paksa dan secara penipuan oleh syarikat-syarikat yahudi. Rakyat Afrika diambil bekerja di lombong secara paksa dan kekerasan. Ramai yang tidak dibayar gaji. Hampir 1 juta kanak-kanak dipaksa bekerja di lombong dan mereka dilayan secara kasar.

2)    Tanah – tanah di Afrika adalah sungguh luas dan subur serta amat sesuai untuk bercucuk tanam untuk menampung keperluan makanan penduduk di Afrika. Tetapi tanah yang sungguh luas itu telah dirampas oleh Bank Dunia atas alasan sebagai cagaran kepada pinjaman yang tidak terbayar oleh negara-negara di Afrika dan seterusnya tanah itu telah diserahkan kepada syarikat-syarikat yahudi untuk kepentingan mereka sendiri. Keluasan tanah yang telah dirampas itu sungguh luas iaitu seluas negara Perancis. Jadi, tanah milik penduduk Afrika menjadi semakin sedikit dan ini amat menyukarkan mereka untuk bercucuk tanam sedangkan jumlah penduduk Afrika adalah terlalu ramai iaitu dianggarkan sebanyak 1.111 billion pada tahun 2013.

Terbukti bahawa Allah S.W.T. adalah Maha Pemberi Rezeki dan Maha Adil. Kejadian kebuluran dan kemiskinan di Afrika adalah angkara tangan-tangan manusia yang berperangai seperti syaitan.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri”.
(Surah: Yunus, ayat 44)

MAHA SUCI ALLAH S.W.T. YANG TELAH MENCIPTAKAN POKOK YANG BERBAGAI BENTUK DAN RUPA.



Allah S.W.T. telah menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat alam sekitar itu. Hal ini menyebabkan ada di kalangan manusia memandang dingin nikmat tersebut sehinggakan bertindak menggondolkan bukit-bukau sewenang-wenangnya dan menebang pokok-pokok tanpa had.

Gambar menunjukkan berbagai pokok-pokok yang sungguh cantik dan unik yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T.  Pokok-pokok ini terdapat di kepulauan Madagascar.
Pokok-pokok ini hampir pupus akibat perbuatan tangan-tangan manusia yang suka merosakkan alam dan bumi.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
(Al-Rum, ayat 41)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan”.
(Riwayat Muslim).