INILAH BUKTINYA LAUT BOLEH TERBELAH DUA DENGAN IZIN ALLAH S.W.T.



Gambar di atas diambil di sebuah tasik di negara Kanada. 
Dalam gambar ini  jelas menunjukkan bahawa berlaku suatu "keretakkan" di tengah-tengah tasik tersebut.

Ini berlaku apabila air menjadi beku seperti ais batu dan memanjang seperti sebuah terowong yang memisahkan tasik itu kepada dua bahagian.

"Keretakkan" ini hanya berlaku di tengah-tengah tasik dan ini membuktikan bahawa air boleh terbelah menjadi dua bahagian dengan izin Allah S.W.T.



Gambar diatas menunjukkan "keretakkan" di Tasik Baikal di negara Russia.

Anda mungkin masih ingat dengan kisah Nabi Musa yang bersama kaumnya diperintahkan oleh Allah untuk meninggalkan Mesir. Ketika telah sampai di tepi Laut Merah, Allah memerintahkan Nabi Musa untuk memukulkan tongkatnya hingga laut luas yang berada di hadapan mereka terbelah membentuk jalan dengan dua dinding air yang tinggi. 

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Fir`aun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya".
(Surah Al-Baqarah: ayat 50).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)".
(Surah Yunus: ayat 90).

Pada akhir tahun 1988, seorang Arkeologi bernama Ron Wyatt, mengaku bahawa dirinya telah menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur kuno di dasar laut merah.  Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang tenggelam di lautan tersebut ketika digunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para pengikutnya. 

Menurut pengakuannya, selain menemukan beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para pasukannya juga telah  menemukan beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang sama. Penemuan ini tentunya semakin memperkuat bukti bahawa sisa-sisa tulang belulang itu merupakan bahagian dari kerangka para bala tentara Firaun yang tenggelam di laut Merah.  




Hasil kajian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang berhasil ditemukan, memang benar adanya struktur dan kandungan beberapa tulang yang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, dimana menurut sejarah, kejadian kisah laut terbelah menjadi dua itu juga terjadi dalam kurun waktu yang sama. 

Allah S.W.T. sengaja melindungi benda ini untuk membuktikan kepada kita semua bahawa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita karangan.  

Siapakah nama sebenar Firaun yang disebutkan didalam Al-Quran?
Menurut seorang pakar kaji purba, Dr. Joel Klenck dari Universiti Harvard , menyatakan bahawa terdapat pelbagai bukti penemuan arkeologi yang menandakan berlakunya krisis semasa pemerintahan Firaun Thutmose II iaitu Firaun dari Dinasti yang ke 18 dan sezaman dengan Nabi Musa.




Firaun Thutmose II 


SELAMAT DATANG KE ALAM BARZAKH



Yang dimaksudkan dengan Barzakh dari sudut bahasa ialah dinding yang membatasi antara dua tempat. Pengertiannya dari sudut syarak ialah dinding yang membatasi antara dunia dan akhirat. 

Alam Barzakh mempunyai zaman, tempat dan keadaannya yang tersendiri. Zamannya adalah bermula dari saat kematian seseorang sehingga hari kiamat.

Tempatnya adalah dari kubur hingga ke syurga untuk roh yang berbahagia, dan hingga ke neraka untuk roh yang jahat. Keadaannya adalah segala roh yang ada  padanya.

Ibn a- Qayyim berkata:
"Bagi jiwa setiap orang ada empat negeri yang didiaminya yang mana setiap negeri yang terkemudian lebih besar daripada yang sebelumnya.

Pertama: Negeri dalam perut ibunya. Perut ibu adalah tempat yang amat sempit, gundah gulana dan penuh dengan kegelapan.

Kedua: Negeri alam dunia tempat manusia dilahirkan dan melakukan segala kerja buat yang meliputi amal kebaikan dan kejahatan.

Ketiga: Negeri alam Barzakh, iaitu negeri yang lebih luas daripada alam dunia. Bandingannya dengan alam dunia samalah seperti bandingan dunia dengan perut ibu.

Keempat: Negeri yang tiada lagi negeri sesudahnya, iaitu Dar al-Qarar (negeri yang tetap) iaitu syurga atau neraka. Hal keadaan di negeri ini tidak sama jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang disebutkan sebelum ini.

ADAKAH KITA AKAN TERSELAMAT DI PERSINGGAHAN YANG PERTAMA?



Dalam riwayat Ibn Majah menyebutkan bahawa apabila Sayyidina Uthman r.a. berhenti di atas kubur maka dia menangis sehingga basah janggutnya. Lalu orang berkata kepadanya:

"Apabila engkau menyebutkan syurga dan neraka, engkau tidak menangis, tetapi engkau menangis kerana kubur ini".

Sayyidina Uthman r.a. berkata: 
"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sesungguhnya kubur adalah persinggahan pertama daripada persinggahan-persinggahan akhirat. Jika seseorang terselamat daripadanya, maka yang selepasnya adalah lebih mudah, tetapi jika tidak terselamat daripadanya maka yang selepasnya adalah lebih buruk daripadanya".


APABILA MATA MELIHAT SESUATU YANG TIDAK PERNAH DILIHAT OLEH MANUSIA......



Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah bersumber daripada Abu Musa, katanya:

"Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, bilakah terputusnya seseorang manusia daripada mengetahui akan orang yang sekitarnya?"

Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda: "Apabila dia melihat akan yang tertentu".

Para ulama menghuraikan maksud "melihat akan yang tertentu" itu ialah melihat Malaikat Maut atau malaikat-malaikat yang lain.

Inilah saatnya yang mana peluang untuk beramal dan bertaubat sudah terputus daripada seseorang. Saat ini disebut dengan istilah ghargharah iaitu tatkala roh seseorang telah sampai ke halkum.

Maka pada ketika ini manusia akan nampak sesuatu yang tidak pernah dilihat dengan pandangan kasar sepanjang hidupnya. Manusia akan melihat bakal untung nasibnya sama ada hal-hal yang menggembirakan atau sebaliknya, iaitu kenikmatan atau pun azab yang disediakan untuknya.

Apabila sampai ke tahap ini, taubat dan penyesalan tidak berguna lagi. Dengan ini, dapatlah diketahui bahawa pintu taubat itu sentiasa terbuka kepada seseorang sepanjang hayatnya, dan apabila tersingkap kepadanya hal-hal yang ghaib (iaitu di saat nyawa sampai ke halkum) maka pintu taubat pun ditutup.

Dalam sesetengah hadith ada menyebutkan bahawa syaitan telah berkata:
"Demi kebesaran dan ketinggian-Mu, aku tidak akan berpisah daripada anak Adam selagi rohnya ada pada jasadnya".

Lalu Allah S.W.T. berfirman:
"Demi Ketinggian dan Kebesaran-Ku, Aku tidak akan menghalang taubat anak Adam selagi belum sampai ke tahap ghargharah (nyawa sampai ke halkum)".

Seharusnya kita mengambil iktibar daripada apa yang disebutkan agar segera bertaubat daripada dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan. Bertaubatlah dengan sebenar-benarnya, bukan hanya sekadar lafaz istighfar di bibir mulut tanpa disertai dengan penyesalan dan keikhlasan mengharapkan pengampunan Allah S.W.T.

(Sumber: Misteri alam kubur tulisan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatani).

DAHSYATNYA MINUMAN AHLI NERAKA.



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud) :
" Jika mereka minta tolong (minta air), diberi air seperti kotoran minyak yang membakar muka. (Itulah) sejahat-jahat minuman"
(Surah al-Kahfi: 29).

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Seperti kotoran minyak, dan ketika didekatkan ke muka, menggelupas kulit muka dan rambutnya".

At-Tarmizi berkata:
"Minuman hamim (panas) itu dituangkan pada kepala mereka, masuk ke dalam perut, hingga isinya hancur meleleh melalui kedua telapak kakinya, dan kembali lagi seperti sediakala".

Ad-Dahak mengatakan:
"Minuman hamim itu dipanaskan sejak Allah S.W.T. menciptakan langit dan bumi sampai di hari mereka meminumnya dan dituangkan pada kepala mereka".

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud) :
".....dan mereka diberi minuman dengan air yang sangat panas, sehingga putus usus perut mereka".
(Surah Muhammad: 15).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud) :
".....dan diberi minum dengan air nanah, Diteguknya air itu, tetapi hampir tiada mudah menelannya......".
(Surah Ibrahim: 16 - 17).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud) :
"......dan tidak pula mendapatkan akan minuman. Kecuali minuman yang sangat panas dan nanah yang mengalir".
(Surah an-Naba: 24 - 25).

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud) :
"Inilah air yang panas dan nanah yang mengalir, maka hendaklah mereka merasainya (meminumnya)".
(Surah Shad : 57).