Gambar di atas diambil di sebuah tasik di negara Kanada.
Dalam gambar ini jelas menunjukkan bahawa berlaku suatu "keretakkan" di tengah-tengah tasik tersebut.
Ini berlaku apabila air menjadi beku seperti ais batu dan memanjang seperti sebuah terowong yang memisahkan tasik itu kepada dua bahagian.
"Keretakkan" ini hanya berlaku di tengah-tengah tasik dan ini membuktikan bahawa air boleh terbelah menjadi dua bahagian dengan izin Allah S.W.T.
Gambar diatas menunjukkan "keretakkan" di Tasik Baikal di negara Russia.
Anda mungkin masih ingat dengan kisah Nabi Musa yang bersama kaumnya diperintahkan oleh Allah untuk meninggalkan Mesir. Ketika telah sampai di tepi Laut Merah, Allah memerintahkan Nabi Musa untuk memukulkan tongkatnya hingga laut luas yang berada di hadapan mereka terbelah membentuk jalan dengan dua dinding air yang tinggi.
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Fir`aun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya".
"Dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Fir`aun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya".
(Surah Al-Baqarah: ayat 50).
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu
dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan
pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat
yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang
dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri
(menurut perintah)".
(Surah Yunus: ayat 90).
Pada akhir tahun 1988, seorang Arkeologi bernama Ron
Wyatt, mengaku bahawa dirinya telah menemukan beberapa bangkai roda kereta
tempur kuno di dasar laut merah.
Menurutnya, mungkin ini merupakan bangkai kereta tempur Firaun yang
tenggelam di lautan tersebut ketika digunakan untuk mengejar Nabi Musa bersama para
pengikutnya.
Menurut pengakuannya, selain menemukan beberapa bangkai roda
kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para pasukannya juga telah menemukan beberapa tulang
manusia dan tulang kuda ditempat yang sama. Penemuan ini tentunya semakin memperkuat bukti bahawa sisa-sisa tulang
belulang itu merupakan bahagian dari kerangka para bala tentara Firaun yang
tenggelam di laut Merah.
Hasil kajian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap beberapa sisa
tulang belulang yang berhasil ditemukan, memang benar adanya struktur dan
kandungan beberapa tulang yang telah berusia sekitar 3500 tahun silam, dimana
menurut sejarah, kejadian kisah laut terbelah menjadi dua itu juga terjadi dalam kurun waktu yang
sama.
Allah S.W.T. sengaja melindungi benda ini
untuk membuktikan kepada kita semua bahawa mukjizat yang diturunkan kepada Nabi-Nya merupakan suatu hal yang nyata dan bukan merupakan cerita karangan.
Siapakah nama sebenar Firaun yang disebutkan didalam Al-Quran?
Menurut seorang pakar kaji purba, Dr. Joel Klenck dari Universiti Harvard , menyatakan bahawa terdapat pelbagai
bukti penemuan arkeologi yang menandakan berlakunya krisis semasa pemerintahan Firaun Thutmose II iaitu Firaun dari Dinasti yang ke 18 dan sezaman dengan Nabi Musa.
Firaun Thutmose II