ENAM SOALAN IMAM AL-GHAZALI KEPADA ANAK MURIDNYA



1.  Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
MATI - sebab semua akan mati dan kita tidak diberitahu bila kita akan mati.

2.  Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?
MASA YANG DAH LALU ATAU PERGI - sebab masa yang lalu tidak akan kembali dan akan terus pergi.

3.  Apa yang paling besar di dunia?
NAFSU - sebab nafsu boleh membawa kita ke neraka.

4.  Apa yang paling berat di dunia?
MEMEGANG AMANAH - sebab tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat tidak mampu memenuhi permintaan Allah s.w.t. supaya menjadi khalifah atau pemimpin, sedangkan manusia sanggup dan realitinya ramai yang tidak mampu memenuhi amanah itu dan akan ke neraka.

5.  Apa yang paling ringan di dunia ini?
MENINGGALKAN SOLAT - sebab ramai manusia yang mengaku Islam tetapi meninggalkan solat sebab kerja, berniaga, mesyurat, sukan dan sebagainya.

6.  Apa yang paling tajam di dunia ini?
LIDAH MANUSIA - sebab dengan lidah, manusia mudah menyakiti hati orang lain dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

SIFAT-SIFAT ORANG MUKMIN



1.  BERIMAN


2.  Khusyuk dalam solat


3.  Menjauhi perbuatan dan perkataan sia-sia


4.  Menunaikan zakat


5.  Memelihara kemaluan (tidak menghampiri zina apatah lagi berzina)


6.  Memelihara Amanah dan Janji


7.  Memelihara Solat.

TANDA-TANDA KHUSNUL KHATIMAH (kesudahan ajal yang baik).


1  Mengucapkan kalimah syahadah ketika hampir mati atau akhir kalam (dijanjikan masuk syurga).

2.  Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi.

3.  Mati di malam Jumaat atau harinya (Allah akan pelihara dari fitnah kubur).

4.  Mati syahid di medan perang untuk menegakkan agama Allah.

5.  Mati kerana sakit taun, sakit perut, lemas dalam air atau ditimpa kemalangan.

6.  Perempuan yang mati di dalam nifas sebab melahirkan anak, orang yang mati terbakar, sakit paru-paru dan sakit cirit-birit (perut).

7.  Mati kerana mempertahankan harta yang hendak dirampas atau dicerobohi dengan cara tidak benar.

8.  Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa termasuk keluarga dan mempertahan darahnya.

9.  Mati kerana bertugas di dalam medan perjuangan Islam pada jalan Allah (amalannya bertambah sehingga akhirat dan diamankan dari fitnah kubur).

10. Mati ketika beramal soleh, melakukan ibadat menyembah Allah seperti berpuasa, solat dan lain-lain.

AKIBAT MURTAD



Maksud sebahagian ayat 217 suarh al-Baqarah jUZ 2:
"......................dan siapa di antara kamu yang MURTAD (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia MATI sedang ia tetap KAFIR, maka orang yang demikian, ROSAK BINASALAH AMAL USAHANYA (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah AHLI NERAKA, mereka kekal didalamnya (selamanya).

JANGAN MENGHAMPIRI ZINA



Juz 15 Surah al-Isra' ayat 32 yang bermaksud "dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakan).

Allah s.w.t yang maha bijaksana dan maha mengetahui kelemahan manusia telah awal-awal lagi memberi ketetapan supaya jangan menghampiri zina supaya dapat dielak daripada berlakunya perbuatan yang dikeji itu di antara dua insan yang belum diijabkabulkan, akibat godaan syaitan.

DUA MATA YANG TIDAK AKAN DIMAKAN OLEH API NERAKA



1.  Mata yang menangis pada waktu malam ketika mengenang segala dosa yang ia lakukan sepanjang hayatnya dan ia sentiasa mengenang keagungan dan kebesaran Allah s.w.t.

2.  Mata orang yang mati syahid dalam peperangan untuk menegak syariat Allah s.w.t.

JANJI ALLAH KEPADA PENGUNJUNG MASJID



Berkata Abu Zar r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda;
"Allah s.w.t. telah berfirman;
'Sesungguhnya Daud telah berkata: Tuhanku! Apakah yang didapati oleh hamba-hambaMu, jika mereka pergi menziarahi di rumahMu?'
Berfirman Tuhan;
"Tiap-tiap orang yang datang menziarahi mempunyai hak atas ziarahnya itu. Wahai Daud!
Haknya atasKu, ialah bahawa Aku akan mengurniakan sihat walafiat di dunia, dan Aku mengampuni mereka apabila Aku menemui mereka nanti."       (Riwayat Thabarani)

ORANG-ORANG YANG DIDOAKAN OLEH PARA MALAIKAT



Inilah orang-orang yang didoakan oleh para malaikat:

1.  Oramg yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w. bersabda," Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (Riwayat Imam Ibnu Hibban).

2.  Orang yang duduk menuggu solat.
Rasulullah s.a.w. bersabda, " Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ' Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia." (Riwayat Imam Muslim)

3.  Orang-orang yang berada di shaf bahagian depan di dalam solat.
Rasulullah s.a.w. bersabda, " Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada shaf-shaf terdepan." (Riwayat Imam Abu Dawud).

4.  Orang-orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf).

5.  Para malaikat mengucapka 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w.bersabda, " Jika seorang Imam membaca  'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalim', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu."  (Riwayat Imam Bukhari).

6.  Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

7.  Orang-orang yang melakukan solat subuh dan 'asar secara berjemaah.

8.  Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didioakan.

9.  Orang -orang yang berinfak.

10. Orang yang makan sahur.

11. Orang yang menjenguk orang sakit.

12 Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

TAUBAT



Hanyasanya taubat yang diterima oleh Allah itu ialah taubat orang-orang yang berbuat maksiat disebabkan oleh KEBODOHAN kemudian SEGERA BERTAUBAT.  Allah menerima taubat mereka dan Allah itu Maha Mengetahui lagi Bijaksana.


Yakni keampunan Allah ke atas maksiat seseorang dengan bersyarat:

1.  Maksiat dilakukan sebab kebodohan, kejahilan akan hukuman atau seksaannya (walaupun tahu perbuatan itu salah).

2.  Menyesal akan perbuatan itu.

3.  Segera bertaubat memohon kepada Allah supaya diampun kesalahannya.

4.  Berjanji tidak akan melakukan lagi.

    (Maksud ayat 17 Surah An-Nisa' Juz 4) Riwayat Ahmad dari Ibnu Umar bacaan Nabi (s.a.w) bersabda:  " Bahawasanya Allah menerima taubat hambaNya selagi ia belum tercungap-cungap hendak mati (nyawanya berlaik-balik di kerongkong (orang sedang nazak hendak mati).