2 LUBANG YANG BOLEH MEMBAWA MANUSIA KE NERAKA.



Ada 2 nikmat dari Allah S.W.T. yang dapat berubah menjadi bencana terbesar untuk manusia apabila ia tidak dijaga, iaitu: MULUT dan KEMALUAN.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. pernah ditanya tentang perkara yang paling banyak membuatkan manusia masuk ke dalam Neraka.

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Dua lubang, mulut dan kemaluan……”
(Hadis riwayat Ahmad: 9097, Ibnu Majah: 4246, Ibnu Hibban: 476 dengan sanad yang hasan).

Dari mulut timbul ghibah, mengunpat, mencaci , memfitnah, melaga orang dan seumpamanya.

Melalui mulut juga masuk benda-benda haram ke dalam perut.
Padahal nikmatnya makanan hanya sejengkal di mulut.
Selepas melepasi kerongkong, tidak lagi terasa.

Dari sejengkal kemaluan pula, timbul syahwat. Bila disalurkan kepada yang halal dan benar akan mendapat pahala. Jika disampaikan ke tempat yang tidak semestinya, akan menjadi dosa dan kemurkaan Allah S.W.T.

Perhatikanlah 2 nikmat yang sejengkal itu.