KEHEBATAN DAN KEAJAIBAN BERPUASA DARI SUDUT SAINS



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
(Al-Baqarah: ayat 183)

Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Puasa itu merupakan perisai yang dapat menghalangi seorang hamba dari panasnya siksa api neraka”
(HR. Ahmad).

Saintis dari University of Southern California telah membuat suatu kajian tentang kebaikan berpuasa dari segi kesihatan. Hasil kajian tersebut adalah sungguh menakjubkan. Mereka mendapati bahawa sekiranya seseorang itu berpuasa sekurang-kurangnya selama 3 hari, maka tubuh orang tersebut akan menjana semula sistem pertahanan badannya untuk melawan serangan penyakit walaupun orang tersebut telah berusia lanjut.

Kajian terbaru menunjukkan bahawa dengan berpuasa juga boleh mengaktifkan “stem cells” untuk menghasilkan sel darah putih yang baru yang mampu melawan penyakit.

Saintis juga mendapati bahawa berpuasa amat berfaedah kepada manusia yang lemah sistem pertahanan badannya contohnya seperti para pesakit kanser dan juga orang yang telah lanjut usianya.

Seorang saintis yang bernama Valter Longo dari USC Davis School of Gerontology berkata:
“Ketika anda sedang berpuasa, sistem badan anda akan berusaha untuk menjimatkan tenaga dengan cara mengkitar semula sel pertahanan badan yang rosak dan akan menghasilkan semula sel pertahanan yang baru”.

 Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”
(Al-Baqarah : ayat 184)