BERAPAKAH JUMLAH MANUSIA YANG AKAN BERKUMPUL DI PADANG MAHSYAR?



Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya".
(Surah Qaf. Ayat 44)

Para saintis telah membuat kajian bahawa jumlah manusia yang pernah hidup di muka bumi ini sejak Nabi Adam a.s. adalah sebanyak 108 billion manusia.

Kini jumlah manusia yang masih hidup ialah sekitar 7.3 billion sahaja. Ini bermaksud sebanyak 93.5% telah meninggal dunia.

Jika ditakdirkan oleh Allah S.W.T. bahawa kiamat akan berlaku hari ini, maka jumlah manusia yang akan berkumpul di padang Mahsyar pada hari kiamat nanti ialah sebanyak 108 billion orang.

Jika kiamat berlaku 1000 tahun dari sekarang, maka jumlah manusia yang akan berkumpul di padang Mahsyar akan berlipat kali ganda. Mungkin telah menjadi 200 billion manusia.

Cuba bayangkan keadaan diri kita yang sedang dikelilingi oleh jumlah manusia sebanyak 200 billion manusia. 

Memang tidak dapat dibayangkan. ALLAHU AKBAR!

Dalam 200 billion manusia itu, cuba bayangkan bilakah pula masanya nama kita akan dipanggil untuk menghadap mahkamah Allah S.W.T? 

Memang tidak dapat dibayangkan. ALLAHU AKBAR!

Jadi apakah persediaan kita untuk menghadapi keadaan yang sesak dan teruk seperti itu nanti?

Adakah kita benar-benar telah bersedia?