“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu'minun, 115).
KELEBIHAN SOLAT 5 WAKTU
Saidina uthman bin al-affan telah memberi pandangan berikut:
Sesiapa yang menjaga solat lima waktu sehari secara berterusan, secara berjemaah dan dalam waktunya untuk Allah, akan dimuliakan dengan 9 kemuliaan / kelebihan.
1. Dia dikasihi Allah.
2. Kesihatan badan dan jasad.
3. Akan dijaga Malaikat.
4. Keberkatan turun dalam rumah yang solat didirikan.
5. Muka orang tersebut berseri-seri.
6. Hatinya lembut akibat doa-doa yang dibaca.
7. Di akhirat, beliau akan dapat melintas titian sirat seperti kilat.
8. Akan dijauhi daripada api neraka.
9. Akan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh dan para syuhada sehingga kita dibangkit semula.