SYURGA DAN NERAKA


Daripada Sayyidina Anas r.a,
Rasulullah SAW bersabda : "Syurga itu dikelilingi oleh sesuatu yang tidak mengiurkan manakala neraka pula dikelilingi oleh perkara yang menyeronokkan."   - (riwayat Muslim didalam Sahihnya m/s 2174 juz 40)

Maksud hadis:
Adalah terlalu sukar untuk masuk syurga kerana terdapat banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui oleh kita sebab syaitan laknatullah akan sentiasa mencuba sedaya upaya untuk menghalang kita dari membuat amal ibadat atau sebarang kebaikan di dunia ini.

Tetapi untuk kita memasuki neraka adalah terlalu mudah dan senang sebab jalan-jalan untuk ke neraka adalah dihiasi oleh benda-benda atau perkara-perkara yang menyeronokkan hati kita seperti membuat maksiat, berjudi, minum arak, berzina, menonton filem lucah, meninggalkan solat, tidak berpuasa, membazir masa, menderhaka kepada ibu bapa, dan banyak lagi.

Syaitan laknatullah telah bersumpah dihadapan Allah SWT bahawa syaitan laknatullah akan mencuba sedaya upaya untuk menyesatkan keturunan nabi Adam AS sehingga hari kiamat.

Oleh itu, janganlah kita terpengaruh dengan godaan dunia yang bersifat sementara.
Marilah kita sama-sama menyediakan diri kita untuk bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan yang bersih dan suci dari sebarang dosa. InsyaAllah.