MAHA SUCI ALLAH S.W.T. YANG TELAH MENCIPTAKAN POKOK YANG BERBAGAI BENTUK DAN RUPA.



Allah S.W.T. telah menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat alam sekitar itu. Hal ini menyebabkan ada di kalangan manusia memandang dingin nikmat tersebut sehinggakan bertindak menggondolkan bukit-bukau sewenang-wenangnya dan menebang pokok-pokok tanpa had.

Gambar menunjukkan berbagai pokok-pokok yang sungguh cantik dan unik yang telah diciptakan oleh Allah S.W.T.  Pokok-pokok ini terdapat di kepulauan Madagascar.
Pokok-pokok ini hampir pupus akibat perbuatan tangan-tangan manusia yang suka merosakkan alam dan bumi.

Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
(Al-Rum, ayat 41)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan”.
(Riwayat Muslim).