“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu'minun, 115).
QIYAMULLAIL (SOLAT DI TENGAH MALAM)
Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah SWT selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w.
Baginda bersabda yang bermaksud: "Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang salih sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan merupakan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh." (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi.)