“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu'minun, 115).
ISLAM, IMAN DAN IHSAN
ISLAM ITU:
1. Kesaksian anda bahawa tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah s.w.t. dan bahawa Nabi Muhammad itu utusan atau pesuruh Allah s.w.t.
2. Mendirikan solat.
3. Memberi zakat.
4. Berpuasa Ramadhan.
5. Mengerjakan haji ke Baitullah apabila ada kemampuan.
IMAN ITU:
1. Beriman kepada Allah s.w.t.
2. Beriman kepada Malaikat-Malaikatnya.
3. Beriman kepada Kitab-Kitabnya.
4. Beriman kepada Rasul-Rasulnya.
5. Beriman kepada hari Akhirat.
6. Beriman kepada Qadar yang baik dan yang buruk.
IHSAN ITU:
Anda menyembah Allah s.w.t. seakan -akan anda melihatnya; jika anda tidak melihatnya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu.