“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu'minun, 115).
TANDA AMAL TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T.
Siapa yang melakukan empat jenis amalan tetapi dia tidak bertambah baik, maka itu tandanya tidak diterima amalnya oleh Allah S.W.T.
1) Sesiapa yang berjihad (melawan hawa nafsu), kemudian dia kembali tidak bertambah kebaikan, maka itu tanda jihadnya tidak diterima oleh Allah S.W.T.
2) Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian tidak bertambah kebaikan, maka itu tanda puasanya tidak diterima oleh Allah S.W.T.
3) Orang yang naik haji, kemudian tidak bertambah amal kebaikannya, maka itu tanda tidak diterima amalan hajinya.
4) Orang yang sakit lalu sesudah sembuh tetapi tidak bertambah baik amal perbuatannya, maka itu tanda bahawa dosa-dosanya belum ditebus.