Lihatlah alam yang begitu tersusun dan teratur. Mustahil tiada Pengaturnya. Mustahil semuanya berlaku secara kebetulan. Rasional dan logik akal menolak alam ini terjadi dengan sendirinya. Kalimat yang selalu diulang-ulang oleh guru-guru yang mengajar ilmu Tauhid adalah, bukti adanya Allah adalah adanya alam ini.
Penciptaan alam ini begitu sistematik hinggakan planet-planet beredar mengelilingi matahari pada orbitnya dengan jarak yang telah ditentukan. Bumi yang berada pada jarak 149,680,000 kilometer dari matahari misalnya, akan berada paling dekat dengan matahari pada 2 Januari setiap tahun yakni pada jarak 147.1 juta kilometer. Dan berada paling jauh daripada matahari yakni 152.6 juta kilometer pada tarikh 2 Julai.
Bumi tidak akan lebih dekat daripada jarak itu kerana ini akan menyebabkannya panas dan terbakar. Bumi juga tidak akan lebih jauh daripada itu kerana ini akan menyebabkannya sejuk dan membeku. Siapa yang menetapkan jarak ini?
Allahu Akbar. Allah Maha Besar.
Bukan itu sahaja malah kadar oksigen, nitrogen dan karbon dioksida dalam udara juga tetap. Juga pasang surut air laut, kemunculan komet-komet, gerhana bulan dan matahari serta terbit dan tenggelamnya matahari pun telah terjadual dengan tetap dan tepat. Hingga dengan itu kita boleh membuat jadual masuk waktu solat, bukan sahaja untuk tahun ini juga untuk tahun-tahun yang akan datang.

Apabila matahari muncul, bulan dengan rela berundur. Apabila malam bertandang, siang beransur hilang. Semuanya tunduk kepada satu perintah daripada Tuhan Yang Maha Agong. Bayangkan, betapa besarnya kuasa Allah S.W.T. yang mengatur dan menyusun seluruh alam ini.
Allah S.W.T. berfirman :
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk -Nya), Tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan -Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin -Nya. Allah mengetahui apa apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki -Nya . Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar ". (QS. Al Baqoroh: 255)