“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (Al-Mu'minun, 115).
ALLAHU AKBAR, ANAI-ANAI PUN TAHU MENJAGA KESUCIAN AL-QURAN
Kejadian ini berlaku di dalam rumah seorang muslim yang bernama En. Md Farooq penduduk Tappachabutra, Hyderabad. Al-quran yang beserta dengan terjemahan dalam bahasa Urdu yang telah berusia 100 tahun ini telah dimakan oleh anai-anai.
Apa yang ajaibnya anai-anai ini memakan semua termasuk terjemahannya tetapi tiada satu pun ayat Al-quran dalam bahasa Arab yang dimakan oleh anai-anai tersebut.
Ini menunjukkan serangga lebih mengerti kesucian ayat suci Al-Quran daripada manusia yang membuang ayat suci Al-Quran di dalam stor.