MAHA SUCI ALLAH S.W.T. YANG TELAH MENCIPTAKAN BINTANG YANG PALING BESAR DI ALAM SEMESTA




Allah S.W.T berfirman (yang bermaksud):

"Sesungguhnya kejadian langit dan bumi dan perselisihan malam dan siang itu ada beberapa bukti bagi orang yang mempunyai fikiran. Mereka mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau berbaring dan memikirkan kejadian langit dan bumi seraya berkata: Hai Tuhan kami! Tidaklah Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau! Kerana itu peliharalah kami daripada seksa api neraka." Surah ali-Imran ayat 190-191)

BINTANG YANG PALING BESAR DI ALAM SEMESTA

Sejauh pengetahuan manusia hingga saat ini, bintang terbesar di alam semesta adalah  UY Scuti  (lebih besar dari VY Canis Majoris dan NML Cygni).





UY Scuti adalah bintang yang paling besar yang dikenal ketika ini dan merupakan 1708 kali ganda lebih besar jika dibandingkan dengan saiz matahari.

NML Cygni atau V1489 Cygni adalah bintang hypergiant merah dan bintang kedua terbesar selepas UY Scuti , dan merupakan 1.650 kali lebih besar dari saiz matahari.


VY Canis Majoris pula merupakan bintang yang besar dan merupakan 1420 kali ganda lebi besar jika dibandigkan dengan saiz matahari.




Firman Allah (yang bermaksud): "Dan kepunyaan Allah segala yang di langit dan di bumi, dan kepada-Nya (kepada Allah) akan dikembalikan segala urusan.(3-109)


RENUNGKANLAH 

Pernah diriwayatkan, Nabi SAW menangis dan apabila ditanya mengapa, lalu dijawab Rasulullah SAW bahawa pada malam itu diturunkan ayat daripada surah Ali-Imran bermaksud:

"Celakalah bagi orang yang membaca ayat kejadian langit dan bumi dengan tidak memikirkannya."

Firman Allah bermaksud:
"Maka tidakkah mereka mahu melihat kepada unta bagaimana dijadikan? Dan melihat kepada langit bagaimana ditinggikan? Dan melihat kepada gunung bagaimana ditegakkan? Dan melihat kepada bumi bagaimana dihamparkan? Maka ingatkanlah, kerana engkau itu hanya seorang pengingat." (Surah al-Ghasyiah, ayat 17-21)

Kekuasaan Allah terukir dan terlukis pada alam. Rahmat dan kasih sayang-Nya ada pada setiap detik kehidupan. Demikian sebahagian bukti kekuasaan Allah. Betapa indah dan sempurnanya setiap ciptaan itu. Al-Quran banyak menyuntik dan mendorong manusia berfikir kerana dengan itu akal tidak dibekukan oleh rutin dan kesibukan, malah memantapkan iman serta menjana kesempurnaan.

Bagaimanapun, berfikir biar pada batas dibenarkan atau yang sanggup dijangkau akal bukan seperti diingatkan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud:
"Berfikirlah pada tanda kekuasaan Allah, dan jangan kamu berfikir mengenai zat Allah kerana kamu tidak akan dapat mengukur batasnya."

Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan di antara keterangan itu, diciptakannya kamu daripada tanah kemudian itu lihatlah, kamu menjadi manusia yang bertebaran." (Surah al-Rum, ayat 20)

Demikian bijaksana Allah yang Maha Mencipta mengatur semua itu untuk manusia. Namun, berapa ramai manusia berfikir mengenai penciptaan itu. Bulan dan matahari boleh berpadu walau tidak bersatu. Begitu juga siang dan malam saling bertukar tidak pernah bercakaran.

Bintang berkelipan indah tidak pernah membantah, malah semua itu tidak pernah bertelagah apa lagi menderhaka meminta kedudukan dan kuasa. Tetapi manusia yang bertebaran berterabur dengan perbalahan dan permusuhan.