JANGAN BIARKAN NAMA ANDA DITULIS DI PINTU NERAKA.



Abul Laith Samarqandi meriwayatkan;

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Nama orang yang melengah-lengahkan solat walaupun satu solat fardhunya dengan sengaja, adalah tertulis pada pintu neraka yang dia mesti memasukinya".

Abdullah bin Umar r.a. telah mendengar bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Seseorang itu bukanlah seorang Islam kalau dia tidak solat. Kedudukan solat dalam Islam adalah seumpama kepala pada badan".