Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa puak Quraisy berusaha untuk mempengaruhi Rasulullah S.A.W. dengan menawarkan harta kekayaan agar baginda menjadi seorang yang paling kaya di kota Makkah, dan akan dikahwinkan dengan perempuan yang baginda kehendaki.
Usaha ini disampaikan oleh mereka (puak Quraisy) dengan berkata:
"Inilah yang kami sediakan bagimu hai Muhammad, dengan syarat agar engkau jangan memaki-maki tuhan kami dan menjelekkannya, atau sembahlah tuhan-tuhan kami selama setahun"
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa kaum kafir Quraisy berkata kepada Rasulullah S.A.W:
"Sekiranya engkau tidak keberatan mengikuti kami (menyembah berhala) selama setahun, kami akan mengikuti Agamamu selama setahun pula".
Rasulullah S.A.W. menjawab:
"Aku akan menunggu wahyu dari tuhanku".
Maka turunlah Surah Al-Kaafiruun.
Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud):
"(1) Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
(2) "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
(3) "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku
sembah.
(4) "Dan aku
tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
(5) "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku
beribadat.
(6) "Bagi kamu
ugama kamu, dan bagiku ugamaku."
(Surah Al-Kaafiruun, ayat 1-6).